PENYANGAK TOPENG

Harian Metro - - Muka Depan -

Ketika pandemik Covid-19 melanda negara kini dan keperluan mendesak orang ramai mendapatka­n topeng penutup hidung dan mulut menyebabka­n segelintir syarikat atau individu sengaja menyorok bahan itu untuk dijual semula lebih daripada harga siling bagi mengaut keuntungan mudah. Tindakan mereka yang dianggap sebagai‘ penyangak’ dan cuba menangguk di air keruh itu dianggap tidak berperikem­anusiaan. Kebanyakan‘ penyangak’ ini mendapat bekalan dari luar negara pada harga murah sebelum menjualnya berlipat kali ganda sama ada di kedai runcit, farmasi atau secara dalam talian, lapor Wartawan HM

Kuala Lumpur: Sebanyak 393 kes penipuan membabitka­n penjualan penutup mulut dan hidung dilaporkan kepada polis di seluruh negara dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) setakat ini dengan jumlah kerugian kira-kira RM1.1 juta.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya memandang serius aktiviti penipuan itu dan setakat ini, 26 individu ditahan dengan beberapa orang sudah dituduh di mahkamah.

“Ini satu penyakit, masih ada yang mengambil kesempatan untuk menipu masyarakat dalam situasi (wabak Covid-19) ini, pihak polis sedang menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 semalam.

Sementara itu, Mazlan berkata 94 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu berkaitan wabak Covid-19 di seluruh negara.

“Ada enam kes sudah dituduh di mahkamah manakala bakinya masih dalam siasatan. Polis menasihatk­an orang ramai agar menggunaka­n media sosial dengan berhemah.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyebarka­n berita palsu berhubung apa jua yang berlaku di negara ini,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.