Harian Metro

Ganjaran pohon kurma di syurga

- Oleh Mohd Rizal Azman Rifin mimbar@hmetro.com.my Penulis pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah

Diriwayatk­an oleh Abdullah

bin Mas’ud, ketika ayat 245

Surah al-Baqarah diturunkan bermaksud: “Siapakah yang

mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang

baik (membelanja­kan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat

gandakan pembayaran kepadanya.”

Sesungguhn­ya setiap inci ruang lokasi baik di Makkah mahupun Madinah, semuanya memiliki nilai sejarahnya yang tersendiri dan berikutan itu kebanyakan jemaah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai setiap ziarah yang dilaksanak­an.

Hal itu termasuk diri penulis sendiri yang bersama rombongan Umrah JAD Travel bersama Ustaz Badrul Hakimi dalam memberi penerangan serta sejarah setiap lokasi lawatan.

Paling indah apabila penulis diizinkan Allah SWT untuk membawa semua ahli keluarga termasuk empat anak, isteri bersama ibu bapa serta dua adik kandung untuk sama-sama mengimbau kembali sejarah Islam di dua lokasi suci berkenaan.

Hari kedua berada di Kota Madinah, jemaah dibawa ke sebuah ladang kurma tidak jauh dari Masjid Quba dan semasa berada di dalam bas, kebanyakan ahli rombongan lebih banyak memfokuska­n perbualan berkenaan pokok kurma saja.

Bas rombongan bergerak semakin perlahan memberi petanda rombongan jemaah semakin menghampir­i ladang kurma dan boleh dilihat dari jauh sudah ada deretan pokok kurma yang menghijau subur.

Tatkala sampai di pinggiran sebuah ladang, jemaah secara penuh berdisipli­n keluar dan beratur dengan tertib seperti yang dinasihatk­an oleh mutawif.

Sebaik berada di ‘muka pintu’ masuk ke ladang kurma itu, secara tiba-tiba anak perempuan penulis iaitu Amna Fahimah bersuara riang dan memanggil isteri untuk menzahirka­n keseronoka­nnya apabila sampai di ladang kurma berkenaan.

Selepas selesai melawat persekitar­an ladang kurma, jemaah diarahkan berkumpul di sudut utama pintu masuk ladang kurma bagi penerangan lanjut Ustaz Badrul Hakimi.

Penulis mengingati pesanan mutawif sebelum berangkat ke Tanah Suci iaitu setiap inci tempat di Tanah Suci mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan ia menjadi saksi kedatangan Islam yang dibawa Rasulullah SAW.

Menziarahi ladang kurma tidak hanya melihat kepada pepohon itu sebaliknya mengimbau kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Darda’ daripada kaum Ansar yang mendapat pohon kurma di syurga.

Diriwayatk­an oleh Abdullah bin Mas’ud, ketika ayat 245 Surah al-Baqarah diturunkan bermaksud: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (membelanja­kan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgan­dakan pembayaran kepadanya.”

Maka seorang sahabat akrab Rasulullah SAW iaitu Abu Darda’ berkata: “Wahai Rasulullah, apakah memang Allah mengingink­an pinjaman daripada kami?”

Lalu Baginda SAW menjawab: “Benar, sahabatku,” Abu Darda’ berkata lagi; “Wahai Rasulullah, hulurkan tanganmu.” Maka Rasulullah SAW pun menghulurk­an tangannya kepada sahabatnya itu, lalu pada ketika juga Abu Darda’ berkata: “Sesungguhn­ya aku meminjamka­n kepada Tuhanku kebun milikku.”

“Labbaik!” Abu Darda segera berkata: “Keluarlah kamu, sesungguhn­ya aku telah meminjamka­n kebun ini kepada Tuhanku.”

Inilah sebahagian kisah dan setiap pandangan di Makkah dan Madinah mengimbau kisah perjuangan Nabi SAW.

Sesungguhn­ya perjalanan ziarah kami ke ladang kurma seolah-olah mengimbau kembali sejarah perjuangan Rasulullah SAW dulu sekali gus memberi keinsafan kepada jemaah.

 ??  ?? PENJUAL kurma berhampira­n ladang fasih berbahasa Melayu dan jemaah tiada masalah membeli atau tawar menawar.
PENJUAL kurma berhampira­n ladang fasih berbahasa Melayu dan jemaah tiada masalah membeli atau tawar menawar.
 ??  ?? USTAZ Badrul Hakimi (kiri) bersama seorang jemaah yang menziarahi ladang kurma.
USTAZ Badrul Hakimi (kiri) bersama seorang jemaah yang menziarahi ladang kurma.
 ??  ?? PENULIS tidak melepaskan peluang membeli pelbagai jenis kurma yang dijual di ladang.
PENULIS tidak melepaskan peluang membeli pelbagai jenis kurma yang dijual di ladang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia