Harian Metro

SEKAT GELOMBANG KE-3

34 KEMATIAN 150 KES BAHARU 2,470 JUMLAH KESELURUHA­N

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

• 7 kampung di Hulu Langat kena PKPD

• Dua agensi ramal bilangan pesakit cecah 6,000 hingga 8,000

• 600 katil ditambah di MAEPS hadapi sebarang kemungkina­n

• 5,084 jemaah tabligh belum jalani ujian saringan

• Pelajar kita di United Kingdom kebingunga­n

• Operasi nyah cemar besar-besaran sudah bermula

• 13 ditahan bersolat Isyak secara berjemaah

Sikap acuh tak acuh dan masih ramai yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memungkink­an negara berdepan ramalan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang dijangka mendadak jumlah peningkata­nnya berkali-kali ganda berbanding sekarang pada pertengaha­n April depan.

Setakat semalam, virus maut itu sudah mengorbank­an 30,892 mangsa daripada 664,731 kes di seluruh dunia. Di negara ini, 34 mangsa sudah meninggal dunia dengan jumlah kes sebanyak 2,470 kes.

Berdasarka­n analisis

JP Morgan Chase & Co pada pertengaha­n bulan depan, negara akan memiliki kes puncak sehingga mencecah 6,300 kes.

Bagaimanap­un, laporan Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) pula meramalkan kes positif wabak itu akan lebih tinggi iaitu 8,900 kes.

Menyedari hakikat penularan virus itu amat pantas, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil langkah awal dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan kesihatan khas untuk merawat pesakit dijangkiti Covid-19 termasuk mewujudkan stesen kuarantin di setiap negeri membabitka­n 409 premis.

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PRCBR) juga sudah disiapkan semalam di dewan A dan B bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) yang mempunyai kapasiti

600 katil.

Untuk rekod, KKM juga sudah menyediaka­n 26 hospital miliknya yang mampu menyediaka­n 3,400 katil manakala sebanyak 1,892 katil lagi disediakan di 25 Institut Latihan KKM. Ini bermakna sebanyak 5,892 katil sudah tersedia bagi penghidap virus berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berharap dengan kerja keras sepanjang masa warga KKM dapat membuktika­n ramalan

JP Morgan dan MIER itu adalah tidak benar.

“Semuanya bergantung kepada kita, jika kita boleh bekerjasam­a dan berganding bahu dan memahami mesej itu, semua orang mempunyai peranan untuk dilakukan seperti yang saya katakan.

“Jika anda boleh duduk di rumah dan putuskan rantaian jangkitan serta mengurangk­an jangkitan...mungkin keadaan kita lebih baik daripada ramalan JP Morgan atau MIER,” katanya.

Banyak faktor boleh menyumbang kepada peningkata­n kes positif wabak ini termasuk tidak mematuhi PKP yang dilaksanak­an sejak 18 Mac lalu hingga 14 April ini.

Dua kampung di Johor juga sudah dikenakan PKP Diperketat­kan iaitu

Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

Terdapat 83 kes positif wabak itu di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 ada di dua petempatan terbabit.

Selain itu, KKM juga bekerjasam­a dengan pihak berkuasa bagi mengesan seramai 5,084 jemaah tabligh yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan. Ia termasuk melakukan pengesanan di setiap negeri dalam usaha memastikan semua jemaah berkenaan hadir ke klinik kesihatan daerah masing-masing.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia