Harian Metro

7 kampung di Hulu Langat diperintah PKPD

-

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di tujuh kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa tengah malam tadi hingga 13 April depan.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu membabitka­n kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

Katanya, tindakan itu dibuat susulan nasihat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahka­n terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitka­n 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.

“Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanak­an PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24.

“Ia membabitka­n tujuh kampung iaitu dua perkampung­an Orang Asli dan lima perkampung­an Melayu,” katanya semalam.

Menurutnya, tujuan pelaksanaa­n PKPD itu bagi membendung jangkitan wabak terbabit daripada menular keluar dari kawasan berkenaan.

“Langkah ini akan membolehka­n aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanak­an sepanjang tempoh 14 hari.

“Dengan pelaksanaa­n perintah ini, semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan itu tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuas­akan,” katanya.

Menurutnya, semua aktiviti perniagaan turut dihentikan, namun beliau memberi jaminan bekalan asas yang mencukupi untuk tempoh PKPD itu akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubung­i talian khas 03-89254809 atau 03-89114200.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia