Harian Metro

Ambulans datang ‘jemput’

Video remaja 13 tahun dari Simpang Renggam positif Covid-19 meruntun jiwa

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

“Sedih melihat anak bongsu dibawa menaiki ambulans selepas disahkan positif Covid-19 namun saya reda dengan ketentuan Ilahi,” kata Sakiban Ahmad Kadari, 57, bapa kepada Nuha Syazwan Sakiban, 13.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 36 saat menunjukka­n Nuha Syazwan dibawa menaiki ambulans sambil diiringi ahli keluargany­a di luar rumah mereka di Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor tular di media sosial, semalam.

Sakiban berkata, ada beberapa kakitangan daripada pejabat kesihatan daerah datang ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaa­n lima hari lalu dan bertanyaka­n ahli keluarga yang mempunyai simptom virus berkenaan.

“Saya memaklumka­n anak bongsu ada mengalami batuk sebelum dia diminta datang ke klinik berhampira­n untuk menjalani saringan.

“Kemudian, semalam (kelmarin) saya menerima panggilan daripada pihak kesihatan memaklumka­n anak positif Covid-19.

“Mereka memaklumka­n akan menjemput anak menggunaka­n ambulans bagi dibawa ke Hospital Kluang untuk dirawat dan tiba di rumah kami jam 10.30 malam tadi (kelmarin),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia tidak menyangka anaknya itu dijangkiti virus berkenaan kerana Nuha Syazwan hanya mengalami batuk biasa selain tidak demam dan sesak nafas.

“Mula-mula saya ingat batuk biasa kerana dia tidak demam. Namun, saya tidak sedap hati dengan batuk yang dialaminya.

“Saya bersyukur pihak kesihatan membuat pemeriksaa­n awal hingga membolehka­n kami tahu dia dijangkiti Covid-19 hasil ujian saringan dilakukan,” katanya.

Sakiban berkata, beberapa minggu lalu, anaknya pergi ke masjid berhampira­n untuk solat Jumaat dan menghadiri kenduri di kampung berdekatan.

 ??  ?? RAKAMAN video menunjukka­n Nuha Syazwan diiringi ahli keluarga berjalan ke ambulans di Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam.
RAKAMAN video menunjukka­n Nuha Syazwan diiringi ahli keluarga berjalan ke ambulans di Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia