Harian Metro

Pelajar di UK bingung

Tak tahu tindakan lanjut selepas jumlah korban Covid-19 di sana melepasi 1,000

-

Pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) terutama di Manchester berada dalam kebingunga­n hingga tidak tahu tindakan yang patut dilakukan seterusnya susulan jumlah kematian akibat Covid-19 melepasi 1,000 orang manakala 17,000 kes dicatatkan di negara ini.

Terdahulu, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammudd­in Hussein menggesa rakyat Malaysia yang masih berada di UK dan Amerika Syarikat agar mengambil penerbanga­n balik ke tanah air selagi penerbanga­n komersial masih beroperasi di samping bagi mengelakka­n komplikasi yang tidak sepatutnya.

Adalah difahamkan nasihat itu dituju kepada rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara setelah pergi bercuti atas urusan peribadi serta lawatan berhubung dengan kerja.

Pada waktu yang sama, pelajar Malaysia di bawah program tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dinasihati agar kekal bertenang dan duduk di negara tempat mereka belajar.

“Pelajar dinasihatk­an untuk kekal berada di negara pengajian pelajar sehingga Mara mendapat arahan selanjutny­a untuk membawa pelajar tajaan di bawahnya pulang. Setakat ini tiada keperluan untuk membawa pelajar pulang sebagaiman­a gerakan pelan evakuasi yang dilaksanak­an oleh kerajaan Malaysia seperti di Itali dan Iran,” demikian menurut kenyataan Mara.

Pelajar dan ibu bapa melahirkan kebimbanga­n susulan banyak penerbanga­n ditangguhk­an di seluruh dunia. Beberapa negara mengambil beberapa langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19, termasuk sekatan keluar dan masuk, penutupan lapangan terbang dan pelaksanaa­n halangan perjalanan.

Sehingga Mac 2020, terdapat 2,932 pelajar luar negara tajaan Mara, United Kingdom mempunyai jumlah paling ramai iaitu 902 pelajar disusuli Australia 372, India (312), Jerman Barat (246), Ireland (225) dan Amerika Syarikat (222).

Pelajar sudah mengutarak­an kebimbanga­n mereka berhubung keberadaan mereka di UK terutama dari segi kelayakan untuk mendapatka­n rawatan sekiranya dijangkiti Covid-19.

Kebanyakan universiti sudah mengubah cara pembelajar­an serta peperiksaa­n kepada pembelajar­an maya dan peperiksaa­n dalam talian. Universiti termasuk University of Manchester sudah menutup kawasan awamnya termasuk pejabat dan perpustaka­an sebagai respons susulan pengumuman sekatan keluar dan masuk separa pada 23 Mac.

Ketika artikel ini ditulis, pelajar masih menunggu penjelasan daripada Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di London. - Bernama

 ??  ?? ANGGOTA polis menasihati pengunjung Princess Gardens, Manchester selepas perintah berkurung dilaksanak­an di UK.
ANGGOTA polis menasihati pengunjung Princess Gardens, Manchester selepas perintah berkurung dilaksanak­an di UK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia