Harian Metro

Dua pengamal media dikuaranti­n

-

Johor Bahru: Dua lagi pengamal media Johor diarah menjalani kuarantin 14 hari di rumah selepas dikesan mempunyai simptom Covid-19.

Mereka adalah jurugambar dan wartawan media cetak tempatan yang masing-masing berusia 32 dan 27 tahun.

Jurugambar berkenaan ketika dihubungi, berkata arahan menjalani kuarantin itu selepas membuat saringan di sebuah hospital kerajaan di sini, semalam berikutan mengalami demam dan batuk.

“Selepas menjalani pemeriksaa­n dan memaklumka­n kami mempunyai kontak rapat dengan seorang lagi rakan media yang diarahkan menjalani kuarantin di rumah semalam, kami kemudian diarahkan menjalani kuarantin 14 hari bagi siasatan lanjut.

“Anggota Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumka­n akan membuat pemeriksaa­n lanjut di rumah kami petang ini (semalam) dan mengarahka­n kami mengasingk­an diri di dalam bilik dan mengelakka­n berada bersama keluarga,” katanya.

Kelmarin, seorang pengamal media di sini, dilaporkan diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari selepas dikesan mempunyai simptom wabak Covid-19.

Wartawan media elektronik yang berusia 34 tahun itu dilaporkan diarahkan menjalani kuarantin di rumahnya dengan petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat pemantauan harian terhadapny­a di rumah.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Johor (KMJ) , Mohammad Fauzi Ishak meminta semua petugas media di negeri ini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan ketika bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Simpang Renggam,Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia