Harian Metro

Produk sarung tangan Malaysia laris

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Penutupan Kompleks Sri Aman Bayan Lepas, dekat sini, bermula semalam sehingga 1 April ini diharap menjadi pengajaran kepada peniaga khususnya pengunjung supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew

Tung Seang berkata, MBPP akan melakukan pemantauan berterusan selepas kompleks berkenaan beroperasi semula nanti bagi melihat kembali tahap kepatuhan terkini orang awam.

Keputusan bagi menutup kompleks pasar awam yang menempatka­n 20 gerai jualan itu terpaksa diambil berikutan peniaga dan orang ramai ingkar terhadap peraturan ditetapkan ketika tempoh PKP, walaupun selepas diberikan amaran.

Ia menjadikan­nya sebagai pasar pertama di negeri ini yang menerima arahan penutupan.

“Begitu juga kompleks dan pasar awam lain dan kini kami sedang mempertimb­angkan keputusan bagi

mengambil tindakan

Kuala Lumpur: Getah menjadi tumpuan di saat-saat sukar apabila transforma­sinya dalam bentuk sarung tangan, terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggaka­n negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu.

Malah, Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di sini menerusi ciapan twitter rasminya turut berkongsi maklumat bahawa 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan yang digunakan oleh barisan wiranya saintis, doktor, jururawat dan petugas di barisan hadapan, didatangka­n dari Malaysia!

Ironinya, hanya beberapa bulan lalu, Malaysia dikecam AS atas dakwaan salah satu syarikat tempatan menggunaka­n khidmat buruh paksa dalam operasinya.

Berikutan itu, pihak Kastam dan Perlindung­an Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat berpejabat di Sepang, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP).

Bagaimanap­un, lonjakan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan pandemik Covid-19 terhadap beberapa pasar termasuk pasar awam Jelutong.

“Setakat ini keputusan yang dijangka diambil ialah menghentik­an operasi gerai penjaja berhampira­n pasar berkenaan bermula esok,” katanya, semalam.

Terdahulu, Yew turut mengadakan tinjauan penutupan pasar berkenaan bersama Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya

Seberang Perai menyebabka­n AS tiada pilihan kecuali akur dan menarik balik sekatan terhadap syarikat itu pada 23 Mac lepas.

Walaupun permintaan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai atau 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia, eksport WRP hanyalah mencecah tiga bilion helai yang mencermink­an langkah kecil syarikat itu sebelum meraih kejayaan di masa depan.

Di sudut lain, demi menampung lonjakan mendadak permintaan itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) terpaksa mendapatka­n kebenaran kerajaan untuk beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar terbesar sarung tangan perubatan, Margma juga perlu memastikan bekalan tersebut mencukupi untuk kegunaan hospital dan petugas kesihatan dalan usaha memerangi pandemik itu, kata Presiden persatuan, Dennis Low.

Margma dijangka menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan pada tahun ini iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruha­n keperluan dunia.

Ketika industri sarung tangan getah berharap kerajaan mempertimb­angkan rayuan itu, pengeluar tempatan satu lagi produk berasaskan getah iaitu kondom, menjangkak­an berlakunya penguranga­n mendadak produk itu berikutan perlu menggantun­g operasi susulan PKP itu.

Sebagai contoh, Karex Berhad yang mengeluark­an satu daripada lima kondom dunia, tidak mengeluark­an sebarang produk itu sejak 18 Mac lepas apabila PKP dikuatkuas­akan.

Laporan media turut mengetenga­hkan kekurangan sehingga 100 juta kondom, lazimnya dipasarkan oleh jenama antarabang­sa seperti Durex, yang dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NHS Britain atau yang diedarkan oleh program bantuan seperti Tabung Kependuduk­an Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Susulan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April ini, bekalan kondom juga dikatakan berdepan tekanan dan kekurangan ketara itu berkemungk­inan besar disusuli dengan kelahiran ramai bayi dalam tempoh 10 bulan atau seterusnya. - Bernama

 ??  ?? PASAR di Kompleks Sri Aman diarahkan PBT menutup operasinya kerana pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi PKP.
PASAR di Kompleks Sri Aman diarahkan PBT menutup operasinya kerana pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi PKP.
 ??  ?? SARUNG tangan buatan Malaysia mendapat permintaan tinggi.
SARUNG tangan buatan Malaysia mendapat permintaan tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia