Harian Metro

Guna aura sebar kebaikan

Artis perlu terus berbakti dengan memberi kesedaran berterusan mahupun berkala di platform media sosial mereka. Hakikatnya, mereka bebas menggunaka­n kreativiti untuk tujuan itu asalkan tidak melampaui batas

-

Tidak dinafikan golongan selebriti antara yang memiliki kuasa tersendiri untuk mengubah landskap perspektif masyarakat.

Perkataan pengaruh itu saja sudah melambangk­an betapa besarnya kuasa impak seseorang.

Menurut Kamus Cambridge, pengaruh bermaksud kuasa yang ada pada orang atau benda. Pengaruh juga ditakrifka­n sebagai kemampuan meninggalk­an kesan pada manusia ataupun kejadian dan ada beberapa lagi takrifan lain.

Pengaruh selebriti mampu merentasi seluruh dunia jika digunakan sebaiknya serta menyalurka­n mesej yang sangat kuat sekiranya menggunaka­n medium tepat.

Tidak kira medium atau platform manapun, alangkah baiknya jika buah fikiran mereka dicambahka­n dengan subur dalam misi membawa kebaikan.

Bertuahnya selebriti pada abad ini, skop pengaruh mereka berganda lebih luas dengan kehadiran pelbagai platfrom laman sosial. Hakikatnya, berbekalka­n satu akaun misalnya menerusi Instagram saja pun mampu menjana pendapatan besar untuk mereka.

Dengan kuasa media sosial yang ada sekarang, segalanya menjadi pantas dan prosesnya mudah tanpa ada halangan atau sekatan terutama dalam Internet.

Apa saja mesej boleh disampaika­n dan dengan hanya satu klik pada butang hantar, perkongsia­n mereka terus memasuki data Internet.

Perkara ini berbeza dengan era 1990-an dan sebelumnya dulu di mana selebriti bergantung sepenuhnya kepada sebaran media tradisiona­l untuk mempromosi­kan diri, produk, mahupun perkembang­an kerjaya. Prosesnya memakan masa.

Justeru, inilah masa yang tepat untuk golongan artis memanfaatk­an kelebihan itu ketika dunia dilanda krisis kritikal penularan wabak Covid-19. Waktu getir melanda sekarang sememangny­a menggoncan­g dunia dan kesannya terlalu besar sehingga tahap sukar dikawal.

Kita bercerita mengenai tahap kesedaran setiap orang dalam menangani waktu mencabar ini daripada segala sudut. Bagaimanap­un, paling mencabar tentu sekali kesedaran bahawa betapa pentingnya untuk tidak keluar rumah, menjaga kebersihan diri serta tidak panik dalam langkah membasmi penyebaran virus pembawa maut itu.

Dalam memastikan kesedaran itu dapat dicerna seluruh masyarakat dunia terutama rakyat Malaysia sendiri, amat penting untuk golongan artis untuk memainkan peranan berbekalka­n pengaruh mereka. Mereka perlu tampil untuk bersuara kepada jutaan ataupun ratusan ribu pengikut mereka.

Jika sebelum ini, mereka mungkin keliru bagaimana atau bila boleh manfaatkan pengaruh, sekarang adalah masanya. Tidak perlu timbul rasa sangsi sekiranya mereka ragu-ragu sebenarnya menyumbang atau tidak dalam situasi seperti sekarang.

Dengan panduan yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan ataupun badan bertauliah mengenai langkah terbaik menangani situasi ini, artis hanya perlu mengikut garis itu dalam menyebarka­n mesej. Bukannya setakat berdiam diri atau memandai-mandai sebarkan apa yang tak patut.

Benarlah kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Syukur yang teramat apabila golongan artis kita rata-ratanya berbaik kebaikan dengan pengaruh mereka sejak Covid-19 melanda terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan 18 Mac lalu hingga 14 April ini.

Ketika negara dikejutkan dengan pelbagai situasi tidak manis seperti pembelian panik, kedegilan orang tidak duduk rumah dan sebagainya, ramai artis tampil menyalurka­n mesej kebaikan menerusi laman sosial masing-masing.

Contohnya, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza. Beliau menerusi IGTV menggunaka­n pendekatan berbeza bagi mendidik masyarakat Malaysia untuk kekal duduk di rumah.

Penyanyi itu mengubah suai lirik lagu terbaharun­ya, 7 Nasihat nyanyianny­a bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai PKP oleh kerajaan berikutan penularan Covid-19.

Selain itu, pelakon Datuk Fizz Fairuz pula mengajak semua artis memuat naik video mesej bagi mematuhi PKP. Dia berharap semua artis yang menjadi ikon kepada orang ramai untuk sama-sama menyedarka­n masyarakat mengenai bahaya wabak Covid-19.

Tidak ketinggala­n, penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mengambil inisiatif untuk menyalurka­n derma lebih RM7,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), keluarga serta individu yang memerlukan pertolonga­n. Dia turut berkongsi beberapa platform untuk memberi sumbangan.

Malah, ramai lagi artis tempatan turut berbuat demikian dengan cara masing-masing.

Tidak kiralah bagaimana cara sekalipun, apa yang pasti kesedaran dalam diri mereka untuk ambil serius mengenai hal penting ini. Sesungguhn­ya dengan sumbangan sekecil zarah manapun, ia cukup memadai.

Sebaiknya selagi wabak ini belum ditangani sepenuhnya, artis perlu terus berbakti dengan memberi kesedaran berterusan mahupun berkala di platform media sosial mereka. Hakikatnya, mereka bebas menggunaka­n kreativiti untuk tujuan itu asalkan tidak melampaui batas.

Ada hikmahnya PKP ini dikuatkuas­a buat mereka juga memandangk­an ada artis yang memerlukan rehat daripada jadual seni. Kita faham ada juga yang terkesan periuk nasinya namun lebih baik melihatnya daripada sudut positif.

Buat artis yang mungkin tidak tahu betapa besar pengaruh mereka terhadap masyarakat, ini adalah masa terbaik menilai semula perkara itu. Tidak semestinya yang nama besar saja besar pengaruhny­a dan ia semua bergantung kepada corak mesej disampaika­n mahupun betapa kuatnya kesedaran mereka.

Sia-sia saja memegang status selebriti jika tidak dimanfaatk­an dalam situasi sebegini yang mana mungkin mampu mengubah persepsi peminat juga. Ini bukan soal sekadar menjaga hati peminat sebaliknya tujuan menyebarka­n apa yang sangat perlu untuk masyarakat membuka minda dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sekarang juga bukan masanya artis buat terlepas pandang situasi sekarang bukan kisah dongeng yang tidak perlu perhatian. Setiap pergerakan mereka haruslah mencermink­an usaha terbaik menangani bersama isu Covid-19.

>>Penulis Wartawan Hiburan Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia