Harian Metro

Parti lalok 3 rumah

30 individu termasuk remaja bawah umur ditahan ingkar PKP

- Oleh Nurul Amanina Suhaini am@hmetro.com.my

Polis menahan 30 individu termasuk dua daripadany­a di bawah umur selepas dipercayai mengadakan private party dalam serbuan di tiga kediaman di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais berkata, menerusi Op Private

Party dijalankan pada 8.30 hingga 11.30 malam itu, pihaknya menahan individu berusia 15 hingga 26 tahun terbabit.

Beliau berkata, dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Selatan itu, turut ditahan remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun.

“Mereka ditahan membabitka­n 20 lelaki dan 10 wanita sebelum ujian saringan air kencing mendapati 10 daripada mereka positif dadah jenis methamphet­amine manakala tujuh individu positif dadah jenis ketamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis menahan tiga remaja perempuan termasuk adik-beradik berusia 15 hingga 20 tahun ketika menjalanka­n sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Sultan Iskandar pada jam 7.30 malam kelmarin.

Menurutnya, mereka didapati tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, selain seorang daripada mereka didapati positif dan memiliki dadah dipercayai jenis ketamine anggaran berat 0.58 gram.

Menurut Shahurinai­n, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA individu yang ditahan dalam serbuan di tiga kediaman di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri.
ANTARA individu yang ditahan dalam serbuan di tiga kediaman di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia