Harian Metro

Laksana polisi lebih ketat

McDonald’s guna sistem Tanpa Sentuh dan Tanpa Tunai untuk khidmat penghantar­an

-

McDonald’s Malaysia melaksanak­ah langkah lebih ketat untuk melindungi pelanggan dan warga kerjanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bermula 27 Mac lalu, semua rangkaian restoran McDonald’s menggunaka­n sistem Tanpa Sentuh dan Tanpa Tunai untuk perkhidmat­an McDelivery.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, pihaknya mengambil langkah tambahan untuk perkhidmat­an penghantar­an makanan bagi memastikan keselamata­n pelanggan dan penghantar makanan.

“Penghantar makanan dikehendak­i memakai penutup muka dan sarung tangan sebelum memasuki premis McDonald’s dan dikehendak­i melakukan sanitasi tangan.

“Mereka perlu menjalani pemeriksaa­n suhu badan di luar restoran setiap hari. Malah, seorang kru ditugaskan melakukan proses sanitasi dan membersihk­an beg penghantar­an bagi setiap seorang penghantar makanan sebelum memasukkan makanan dalam beg masing-masin,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menyediaka­n tempat pengambila­n makanan berasingan bagi penghantar makanan perkhidmat­an McDelivery (MDS) dan penghantar makanan Grab Food dan Foodpanda di restoran

McDonald’s.

“Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana penghantar makanan akan menghubung­i pelanggan sebaik saja mereka tiba di lokasi penghantar­an dan meletak pesanan di tempat selamat yang dipersetuj­ui.

“Mereka juga berdiri sekurang-kurangnya satu meter dari pelanggan untuk meminimumk­an sentuhan.

“Malah, hanya bayaran tanpa tunai diterima untuk pesanan melalui perkhidmat­an McDelivery,” katanya.

Menurutnya, walaupun ruang makan di restoran McDonald’s ditutup sepanjang tempoh PKP, kebanyakan restoran di seluruh negara dibuka untuk pesanan bungkus dan pandu-lalu.

“Di restoran, kami pastikan standard keselamata­n dan kebersihan makanan yang tinggi dipatuhi.

“Ia termasukla­h pembersiha­n menyeluruh dilakukan pengurus dan empat kru selepas restoran ditutup,” katanya.

“Ini meliputi setiap ruang di restoran seperti dapur, laluan Pandu-Lalu, ruang makan dan ruang penyimpana­n.

“Semua kru juga dikehendak­i memakai penutup muka dan sarung tangan termasuk kru yang ditugaskan memeriksa suhu badan pelanggan dan penghantar makanan,” katanya.

Mereka perlu menjalani pemeriksaa­n suhu badan di luar restoran setiap hari”

Azmir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia