Harian Metro

Inisiatif TM sokong Prihatin

-

Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan negara untuk pelanggan, pekerja dan golongan memerlukan sepanjang lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata, inisiatif itu meliputi akses percuma untuk semua saluran di TV unifi termasuk saluran premium dan unifi PlayTV serta diskaun 20 peratus bagi filem

Video-on-Demand (VOD) di kategori HyppFlicks untuk semua pelanggann­ya.

“Kami turut menawarkan pakej hotspot 999G LTE untuk pengguna pascabayar unifi Mobile iaitu satu rangsangan daripada pas hotspot LTE 10GB sedia ada mereka dan pas data percuma tanpa had tujuh hari untuk pelanggan prabayar unifi Mobile #BEBAS.

“Bagi perniagaan, TM menawarkan pas hotspot percuma unifi Mobile Biz LTE bagi pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) unifi, akses percuma platform Penyelesai­an Pemasaran Digital dan diskaun 20 peratus untuk semua perkara berkaitan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menawarkan bantuan kewangan khas membabitka­n rakan perbankan unifi membabitka­n agihan dana sehingga RM1 juta bagi setiap syarikat dan pemberian moratorium sehingga enam bulan.

“Kami menyambut baik langkah kerajaan membentang­kan pakej rangsangan yang disifatkan­nya sebagai holistik, prihatin dan dapat memacu kesejahter­aan ekonomi rakyat dan perniagaan kecil yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19.

“Di TM, kami amat memahami bahawa aspek kebersambu­ngan ini amat kritikal pada masa ini dan sebagai pengupaya aspirasi Malaysia menjadi Negara Digital, kami ada untuk membantu semua orang duduk di rumah sepanjang tempoh PKP itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ?? NOOR Kamarul
NOOR Kamarul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia