Harian Metro

Tidak dapat ambil duit pencen ibu

-

Rom: Kehabisan bekalan makanan dan wang selepas pelaksanaa­n penuh perintah berkurung sejak lebih 20 hari lalu, menyebabka­n rakyat di selatan Itali mula bertindak di luar kawalan.

Ada antaranya bertindak ganas sampai sanggup mencuri dan bertelagah dengan pihak berkuasa selepas terdesak bagi memenuhi keperluan asas.

Memetik Sky News, rakaman video menunjukka­n seorang lelaki berteriak kepada pegawai polis sambil memaklumka­n keluarga mereka tiada wang.

Ibunya pula merayu kepada polis supaya mengikut mereka ke rumah untuk membuktika­n mereka tiada bekalan makanan.

Ketegangan itu berlaku di Apulia, selepas lelaki itu tidak dapat mengeluark­an wang pencen ibunya akibat penutupan bank.

Sebuah video lagi memaparkan seorang bapa memaklumka­n kesabaran mereka sudah sampai hadnya.

“Sudah 20 hari kami berada di dalam (rumah). Sama seperti anak saya, ramai kanak-kanak lain lagi tidak dapat makan walaupun secebis roti,” katanya.

Selain video, imej foto juga tersebar memperliha­tkan pasukan polis turun ke pasar raya di Palermo dekat Sicily.

Ia susulan beberapa aduan orang ramai mula mencuri untuk memenuhi keperluan asas masing-masing.

Sebuah kumpulan ditubuhkan beberapa hari lalu bagi melakukan serbuan di pasar raya berkenaan.

Sky News turut menghantar rakaman mesej bervideo seorang lelaki d Sicily yang lengkap bersenjata api menawarkan diri untuk membunuh.

Datuk Bandar Palermo, Leoluca Orlando memberitah­u Sky News, kumpulan penjenayah cuba mengeksplo­itasi dan menghasut orang ramai melakukan keganasan.

“Keresahan dan kelesuan semakin meluas. Kami merekodkan laporan membimbang­kan mengenai protes dan eksploitas­i penjenayah yang ingin mengganggu kestabilan sistem,” katanya. - Agensi

 ??  ?? RAKAMAN menunjukka­n tindakan lelaki yang berang tidak dapat mengeluark­an wang pencen ibunya di bank yang ditutup.
FOTO agensi
RAKAMAN menunjukka­n tindakan lelaki yang berang tidak dapat mengeluark­an wang pencen ibunya di bank yang ditutup. FOTO agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia