Harian Metro

ERNIE BERI SEPENUH ‘JIWA’

Gundah terserlah dengan kekuatan vokal Ernie dan jalan cerita hebat dalam video muzik

-

LAGU: Gundah

PENYANYI: Ernie Zakri

KOMPOSER: Ernie Zakri & Sharon Paul LIRIK: Ernie Zakri & Sharon Paul

TERBITAN & EDARAN: Rocketfuel

Bagi yang mengikuti perkembang­an penyanyi, Ernie Zakri, tentunya kehadiran lagu berjudul Gundah bukan lagi asing.

Namun, yang mencuri tumpuan adalah video muzik Gundah yang baru saja dilancarka­n di YouTube sejak 27 Mac.

Sebelum berbicara lebih lanjut mengenai video muziknya, kita kupas dahulu mengenai melodi dan jalan cerita dalam lagu ciptaan Ernie sendiri dan Sharon Paul ini.

Dari segi susunan muzik, Gundah adalah satu karya balada yang tidak asing lagi dengan vokal dan nyanyian Ernie.

Jiwa lagu ini sangat kuat dan dapat dirasakan, mungkin kerana ia adalah hasil karya Ernie sendiri, begitu juga dengan liriknya. Jadi, dia lebih faham bagaimana untuk menyampaik­an lagu ini.

Tak mustahil juga sekiranya lagu ini memanjat carta muzik tanah air dan dipertandi­ngkan di pentas yang berprestij.

Berbicara mengenai video muziknya, ia membariska­n pelakon hebat iaitu Zamarul

Hisham dan Fazlina

Ahmad Daud sebagai teraju utama.

Ia mengisahka­n karakter pasangan suami isteri yang hidup bahagia, namun kebahagiaa­n mereka diuji apabila isterinya disahkan menghidap barah.

Dari situ, bermulalah kisah suami yang gundah menjaga isterinya sepenuh hati dan apabila wanita disayangi itu kembali kepada Sang Pencipta, dapat dirasakan kesedihan dialaminya.

Tentunya, video muzik Gundah berjaya menyentuh hati ramai penonton apabila ramai yang menitipkan komen positif dan berasa sedih.

Sejak dimuat naik di YouTube, video muzik Gundah sudah ditonton hampir 200,000 tontonan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia