Harian Metro

‘Tauke’ baju sejuk

-

Trend fesyen baju sejuk yang menjadi pilihan remaja memberi idea kepada Nur Syazwani Muhamad Johari, penuntut dari Universiti Malaya (UM) untuk meneroka bidang fesyen.

Anak kelahiran Kuala Lumpur yang berusia 21 tahun ini, menjadikan produk baju sejuk dengan menampilka­n rekaan tulisan ‘Universiti

Malaya’ yang dicetak pada bahagian depan baju bersama pilihan warna yang menarik. “Pengalaman berniaga

sweater sebelum ini memberi idea kepada saya untuk memilih produk sama untuk dijual, tetapi dengan kualiti yang lebih baik dan reka bentuk menarik,” katanya.

Nur Syazwani adalah penuntut tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia) menjalanka­n perniagaan baju sejuk dikenali UM Colourful

Sweatshirt sejak November

lalu.

Katanya, tidak mudah untuk menubuhkan sesuatu perniagaan dan dalam masa sama perlu memberi fokus kepada akademik, selain turut memastikan produk yang dijual memberikan kualiti setanding harga.

Tujuan utama dia menjalanka­n perniagaan itu kerana mahu mempunyai wang sendiri bagi menampung keperluan dan perbelanja­an di kampus, selain tidak mahu menyusahka­n ibu bapanya.

Dikenali antara penuntut yang aktif di kampus dan kolej kediaman, Nur Syazwani juga bijak menguruska­n antara aktiviti luar kampus dengan akademik.

“Selain perlu menguruska­n projek kolej, dalam masa sama saya turut menjalanka­n kerja sambilan lain dengan menjual jagung dan wafel serta mereka bentuk kain rentang, gegantung, risalah, logo dan pelekat untuk mencari duit tambahan.

“Syukur, walaupun sibuk menguruska­n semua itu, saya masih mampu mengekalka­n Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.65 setiap semester,” katanya turut menjadi Pemudahcar­a Mahasiswa ketika minggu orientasi mahasiswa baharu.

 ??  ?? BAJU sejuk rekaan Nur Syazwani berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan.
NUR Syazwani memakai baju sejuk yang direkanya.
NUR Syazwani turut membuka kaunter jualan
baju sejuk di kampus.
BAJU sejuk rekaan Nur Syazwani berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan. NUR Syazwani memakai baju sejuk yang direkanya. NUR Syazwani turut membuka kaunter jualan baju sejuk di kampus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia