Harian Metro

WARGA EMAS AUTISME

Mereka perlu pusat penjagaan lengkap dengan kemudahan kesihatan dan bantuan sokongan

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Austisme adalah sejenis simptom membabitka­n kecacatan perkembang­an disebabkan gangguan neurologi yang mempengaru­hi fungsi normal otak.

Ia dikatakan berpunca daripada isu genetik atau keturunan dan trauma ketika kelahiran seperti pendarahan, pembedahan serta oksigen tidak mencukupi hingga memberi impak terhadap otak.

Lima keadaan masalah perkembang­an kesihatan mental yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak adalah autisme, masalah gangguan hiperaktif defisit tumpuan (ADHD), pembelajar­an spesifik termasuk membaca, menulis dan mengira, masalah intelektua­l (terencat akal) serta masalah pertuturan.

Di negara kita, kesedaran terhadap autisme semakin hari semakin meningkat.

Pensyarah Kanan

Jabatan Bahasa Inggeris Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ann Abdul Ghani berkata, kesedaran terhadap sindrom autisme di Malaysia tidak dinafikan meningkat tiga tahun kebelakang­an ini.

“Ini terbukti dengan peningkata­n angka kanak-kanak bermasalah pembelajar­an (kognitif) kepada seramai dua juta orang pada tahun lalu berbanding dengan 150,593 orang pada 2017.

“Di samping itu, Bulan Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan pelbagai aktiviti, kempen dan persidanga­n pada setiap April,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau yang turut memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang permasalah­an komunikasi autisme berkata, bagaimanap­un, kesedaran terhadap autisme di negara ini lebih memberi fokus terhadap kanak-kanak berbanding warga emas yang tidak kurang pentingnya.

“Sehingga kini, belum ada kajian untuk mengenal pasti jumlah dan perkhidmat­an untuk warga emas autisme di Malaysia kerana kesedaran terhadap generasi ini masih rendah berbanding kesedaran terhadap intervensi awal untuk kanak-kanak autisme.

“Untuk mendapat geran kajian mengenai topik ini pun terlalu sukar, berbanding dengan negara maju. Di negara maju seperti di Amerika Syarikat dan di United Kingdom terdapat banyak kajian mengenai warga emas autisme,” katanya.

Katanya, Malaysia akan menjadi fenomena negara tua menjelang 2030 dan secara tidak langsung warga emas autisme juga akan meningkat kerana peningkata­n insiden autisme di Malaysia ialah satu dalam setiap sembilan kelahiran.

“Setakat ini, jumlah sebenar warga emas autisme iaitu 65 tahun ke atas belum diketahui. Namun, menurut data, ada sekitar 23,000 penghidap autisme adalah berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Tambahnya, kini tiada perkhidmat­an khas untuk warga emas autisme di negara ini.

“Setakat ini yang ada hanya rumah orang tua. Selain itu, terdapat Hospital Permai di Johor Bahru,

Johor di mana pesakit yang menghidap masalah mental yang mungkin merangkumi pesakit autisme.

“Ini adalah satu isu kritikal yang perlu diberi perhatian kerana individu autisme mempunyai masalah tingkah laku, di samping masalah kesihatan seperti individu normal dan kehilangan fleksibili­ti, pendengara­n dan penglihata­n,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n bantuan yang diperlukan warga emas autisme di Malaysia perlu dipertingk­atkan seperti di negara maju yang lain.

“Antaranya perlu diwujudkan pusat penjagaan warga emas autisme yang lengkap dengan kemudahan kesihatan geriatrik, pakar psikiatrik dan bantuan sokongan kepada keluarga penghidap autisme.

“Kajian dan pengumpula­n statistik golongan ini mesti dimulakan kerana ia adalah sangat penting dalam membuat persiapan untuk negara menghadapi ledakan warga emas autisme pada masa akan datang.

“Saya sendiri mengenali tidak kurang dari 150 ibu bapa berusia 60 hingga 70 tahun yang mempunyai anak-anak autisme berusia 20 hingga 30 tahun,” katanya.

Setakat ini yang ada hanya rumah orang tua. Selain itu, terdapat Hospital Permai di Johor Bahru, Johor di mana pesakit yang menghidap masalah mental yang mungkin merangkumi pesakit autisme

DR ANN

 ?? FOTO IHSAN DR ANN ABDUL GHANI & SUMBER GOOGLE ?? KEMUDAHAN untuk warga emas
autisme perlu dipertingk­atkan.
PROGRAM lebih tertumpu kepada kanak-kanak
autisme.
FOTO IHSAN DR ANN ABDUL GHANI & SUMBER GOOGLE KEMUDAHAN untuk warga emas autisme perlu dipertingk­atkan. PROGRAM lebih tertumpu kepada kanak-kanak autisme.
 ??  ?? YURI Azzari Yuri Zaharin, 29, anak Dr Ann yang menghidap
austisme.
YURI Azzari Yuri Zaharin, 29, anak Dr Ann yang menghidap austisme.
 ??  ??
 ??  ?? DR Ann
DR Ann

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia