Harian Metro

KEKAL SIHAT DAN CERGAS

Senaman elemen penting selain menjaga makanan sepanjang ‘berkurung’ di rumah

-

Katanya, biarpun tanpa peralatan spesifik, senaman tetap boleh dilakukan di dalam rumah termasuk di ruang tamu atau dalam bilik tidur.

“Sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak boleh lakukan senaman. Senaman yang dilakukan di mana-mana lokasi pun akan memberi kesan kepada individu itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, untuk kekal sihat dan cergas senaman adalah elemen yang penting selain menjaga makanan.

Katanya, dengan senaman, boleh membantu menguatkan jantung dan otot selain dapat memperbaik­i struktur dan keseimbang­an badan.

“Lebih penting, senaman yang betul dapat membakar kalori, sekali gus dapat turunkan atau berat badan sedia ada,” katanya.

Terdapat beberapa senaman yang boleh dilakukan antaranya melakukan ‘squat’ sebanyak 20 kali.

“Senaman ini boleh membantu membentuk otot di bahagian paha, kaki dan betis, di samping menguatkan bahagian

‘core body’.

“Selain itu, boleh lakukan posisi melutut sebanyak 20 kali yang baik untuk keseimbang­an badan, koordinasi tubuh, dapat mengembang­kan otot paha dan memperkuat­kan pinggul,” katanya.

Pada masa sama, boleh lakukan senaman ‘burpees’ yang baik untuk seluruh badan.

“Ia dapat membina kekuatan dan ketahanan serta meningkatk­an kadar denyutan jantung. Selain itu ia dapat mempengaru­hi keseimbang­an dan koordinasi badan. “Senaman mengangkat lutut (high knees) juga dapat menguatkan otot ‘gluets’ dan otot hamstring,” katanya. Beliau berkata, senaman

‘jumping jack’ boleh dicuba kerana ia banyak membantu menguatkan jantung dan kardiovask­ular.

Senaman yang biasa dibuat

‘sit up’ sebanyak 15 kali yang baik untuk abdomen dan menguatkan otot perut.

“Begitu juga dengan senaman ‘plank’ selama 20 saat. Ia bukan sahaja dapat menambah kekuatan pada otot abdomen, malah mampu menstabilk­an kekuatan teras badan dan memperbaik­i postur badan,” katanya.

 ??  ?? LOMPAT bintang untuk kuatkan jantung dan kardiovask­ular (dua gambar gerakan 5a,5b).
LOMPAT bintang untuk kuatkan jantung dan kardiovask­ular (dua gambar gerakan 5a,5b).
 ??  ?? SENAMAN mengangkat lutut dapat kuatkan otot 'gluets' dan hamstring.
SENAMAN mengangkat lutut dapat kuatkan otot 'gluets' dan hamstring.
 ??  ?? PLANK dapat stabilkan teras badan dan baiki
postur badan.
PLANK dapat stabilkan teras badan dan baiki postur badan.
 ??  ?? SIT up dapat tambahkan kekuatan abdomen.
SIT up dapat tambahkan kekuatan abdomen.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia