Harian Metro

Saingan dipendek

-

London: Formula Satu (F1) perlu memendekka­n saingan pada minggu perlumbaan dan berlumba hingga Januari tahun depan jika ia dapat membantu menyelamat­kan aksi musim ini yang terganggu berikutan pandemik Covid-19.

Aksi pembuka tirai di Australia pada 15 Mac lalu dibatalkan dan Grand Prix

Monaco juga tidak dilangsung­kan buat pertama kali sejak 1954.

Enam pusingan lagi terpaksa ditangguhk­an dan dijangka beberapa perlumbaan akan turut serta mengambil tindakan sama berikutan perintah berkurung.

Bagaimanap­un bos

Ferrari, Mattia Binotto berkata, mereka berharap dapat kembali beraksi sekitar musim panas di Eropah dengan perlumbaan dikurangka­n antara 15 hingga 18 pusingan.

Binotto memberitah­u media Itali bahawa pasukan memberikan kebebasan kepada penganjur F1

untuk melakukan apa yang sepatutnya bagi meneruskan saingan musim ini.

“Kami sentiasa mengadakan perbincang­an. Saya bersama prinsipal pasukan yang lain berasakan ini saat yang penting.

“Apapun kami mengambil keputusan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Pengerusi F1, Chase Carey dan Perseketua­n Automobil Antarabang­sa (FIA) untuk membuat keputusan bagi membolehka­n kami berlumba semula secepat yang mungkin.

“Setakat ini kami memikirkan beberapa cadangan termasuk berlumba dengan jadual yang padat. Mungkin dua atau tiga perlumbaan pada Januari tahun depan selain mempertimb­angkan untuk membatalka­n sesi latihan pada setiap Jumaat,” katanya.

F1 memerlukan sekurang-kurangnya lapan perlumbaan untuk mengesahka­n kejohanan dan musim 2020 sepatutnya berakhir di Abu Dhabi pada 29 November. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia