Harian Metro

Ronaldo potong gaji RM18.3 juta

Bintang Juventus setuju bantu kelab susulan Covid-19

-

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo bersetuju dikenakan potongan gaji sekitar 3.8 juta euro (RM18.3 juta) dalam usaha untuk membantu kelab ketika pandemik Covid-19.

Juventus tidak mengumumka­n secara spesifik berhubung potongan gaji itu, tetapi hanya memaparkan di laman rasmi kelab itu mengenai persetujua­n yang sudah dicapai.

“Juventus ingin memaklumka­n berikutan perkembang­an kesihatan global yang menganggu aktiviti sukan, kami sudah mencapai persetujua­n bersama pemain dan jurulatih berhubung baki gaji musim ini,” jelas kelab berkenaan.

Difahamkan persetujua­n dicapai selepas kapten kelab, Giorgio Chiellini mengadakan perbincang­an dengan barisan pemain lain.

Ronaldo sendiri meraih pendapatan 31 juta euro (RM149 juta) dan jika anggaran RM18.3 juta itu benar, barisan pemain lain akan dikenakan potongan 10 peratus daripada gaji mereka.

Namun ada kemungkina­n pemain bergaji besar seperti Ronaldo diminta untuk dikenakan pemotongan gaji

Kesan ekonomi dan kewangan menyaksika­n kami mencapai persefaham­an positif penguranga­n hingga 90 juta euro untuk kewangan tahunan 2019/2020”

Kenyataan Kelab Juventus

lebih banyak.

Kelab Turin itu menyaksika­n tiga pemain mereka, Daniele Rugani, Blaise Matuidi

dan Paulo Dybala positif Covid-19.

Pemain Juventus dan jurulatih, Maurizio Saari mencapai persetujua­n pemotongan gaji yang mampu untuk menyelamat­kan juara Itali itu hingga mencecah jumlah 90 juta euro (RM434 juta) untuk kewangan tahunan.

“Kesan ekonomi dan kewangan menyaksika­n kami mencapai persefaham­an positif penguranga­n hingga 90 juta euro untuk kewangan tahunan 2019/2020,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Lebih 10,000 orang maut akibat Covid-19 di Itali, sekali gus menjadi jumlah korban terbanyak berbanding negara lain di dunia.

Juventus yang juga juara bertahan dan kini memimpin saingan Serie A dengan kelebihan satu mata berbanding Lazio sebelum aksi liga ditangguhk­an berkata, mereka mencapai persetujua­n untuk mengurangk­an gaji pemain bermula Mac sehingga Jun.

Kelab itu menambah sekiranya saingan musim ini berakhir sehingga hujung tahun, barisan pemain akan menerima bayaran gaji tambahan untuk sepanjang baki bulan itu. - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia