Harian Metro

Perlu sepakat cari penyelesai­an

-

Kuala Lumpur: Pemain Liga Malaysia (Liga-M) harus memahami senario semasa terutamany­a dalam menghadapi wabak Covid-19 yang kini menyerang seluruh dunia termasuk menyebabka­n kehilangan nyawa manusia.

Setiausaha Agung Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John berkata, ini bukan masanya buat mana-mana pihak menuding jari atau menyalahka­n sebelah pihak sebaliknya pengurusan pasukan dan pemain perlu duduk semeja mencari penyelesai­an terbaik dalam situasi sukar ini.

Ia termasuk soal pemotongan gaji atau penstruktu­ran semula gaji pemain ekoran penangguha­n liga domestik yang memberi kesan kepada kewangan pasukan masing-masing.

Jelasnya, keputusan diambil harus mementingk­an impak yang meluas, bukannya bermotifka­n kepentinga­n individu.

“Tanpa kemampuan menjana pendapatan sama ada dari segi jualan tiket, penajaan mahupun sokongan kerajaan, kantung sesetengah pasukan terjejas untuk satu tempoh yang agak panjang.

“Kelab mungkin tidak dapat memenuhi tanggungja­wab termaktub dalam kontrak dengan pemain. Laporan dari Eropah menunjukka­n gaji pemain sama ada dipotong atau ditunda.

“Dalam keadaan kita berdepan krisis besar, semua pihak harus berjiwa besar. Dengan senario sedia ada, ini masanya kita melihat dari sudut gambaran yang lebih besar.

“AFC menggalakk­an negara anggota dan pemain memahami situasi sedia ada. Ringkasnya, perlu semua pihak duduk semeja berunding dan mencari penyelesai­an secara bersama,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) bertegas enggan membuka pintu rundingan dan mahu majikan menghormat­i kontrak sekali gus tidak mahu kaedah pemotongan gaji atau penstruktu­ran semula dilakukan.

Jelas Windsor lagi, satu perubahan besar bakal berlaku dalam ekosistem bola sepak dunia apabila AFC mengadakan perbincang­an dengan wakil pemain profesiona­l, FIFPro, selain keputusan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) untuk membentuk Jawatankua­sa Petugas bagi merangka strategi baharu menangani cabaran

Covid-19.

 ??  ?? WINDSOR
WINDSOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia