Harian Metro

Guna botol minuman berlatih di rumah

- Oleh Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Atlet menembak Sukan Malaysia (Sukma) Pahang mengambil alternatif menggunaka­n kayu dan botol minuman menggantik­an pistol dan senapang bagi latihan di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Kaedah latihan ringkas digunakan itu diharap dapat mengekalka­n prestasi terutama apabila terlalu lama tidak berpeluang menggunaka­n senjata sebenar yang mereka gunakan.

Bagi atlet acara 10 meter (m) Air Rifle, Fatin Yumni Nabila Ahmad Norizan, dia menggunaka­n kayu kemudian di bahagian depan diletakkan botol minuman air mineral 500 mililiter bagi mendapatka­n berat yang hampir sama dengan senjata sebenar.

Katanya, kaedah latihan digunakan itu sebelum ini dicadangka­n oleh jurulatih untuk dilakukan semua atlet menembak Pahang yang kini berada di rumah berikutan arahan PKP oleh kerajaan sejak 18 Mac hingga 14 April depan.

Menurutnya, latihan ringkas itu dilakukan bertujuan untuk menguatkan dan mengawal bahagian tangan serta bahu yang akan mengawal senjata ketika melakukan tembakan.

“Kelihatan mudah latihan berkenaan tetapi ia memberi impak besar kepada atlet menembak, selain kekuatan fizikal turut perlu ada ialah tumpuan atau fokus sepanjang acara berlangsun­g bagi mendapat ketepatan tembakan ke sasaran.

“Sepanjang PKP ini saya meluangkan masa 30 minit hingga sejam melakukan secara sendirian dalam rumah. Walaupun tanpa pengawasan jurulatih itu tidak bermakna saya boleh berehat panjang kerana tanpa latihan berterusan prestasi kita pasti akan jatuh,” kata Fatin Yumni yang mengikuti latihan praktikal mengajar di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

 ??  ?? FATIN Yumni Nabila menggunaka­n kayu dan botol minuman ketika berlatih di rumah sepanjang PKP.
FATIN Yumni Nabila menggunaka­n kayu dan botol minuman ketika berlatih di rumah sepanjang PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia