Harian Metro

Belum pasti lagi...

Perlu tunggu keputusan Persekutua­n Olahraga Dunia

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Ketika jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei berpeluang cerah untuk beraksi di temasya Olimpik buat kali ketiga, penundaan temasya di Tokyo selama setahun mungkin menggusark­an dirinya ketika ini.

Apa tidaknya, mengikut sistem ranking, setiap mata diraih tahun ini akan luput pada hujung tahun dan mata baharu akan dikira pada tahun depan.

Ini bermakna, atlet berusia 32 tahun itu perlu sekali lagi mengumpul mata terbaik sekiranya mahu beraksi di Olimpik nanti.

Bagaimanap­un, Hup Wei berkata, bukan dirinya saja yang terjejas begitu juga atlet lain dan dia perlu menunggu keputusan Persekutua­n Olahraga Dunia (WA).

“Sekarang ini saya perlu tunggu untuk tindakan selanjutny­a bagaimana syarat baharu.

“Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah teruskan latihan seperti biasa,” katanya.

Jika mengikut perkiraan lalu, Hup Wei kini berada pada landasan tepat untuk beraksi di temasya terbesar itu berikutan kuota 32 atlet terbaik akan layak ke Tokyo.

Juara Asia 2007 itu kini menghuni kedudukan ke-16 dunia dan tarikh akhir untuk menempah tempat ke temasya itu adalah 29 Jun depan.

Namun kini semuanya sudah berubah apabila Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) bersetuju menangguhk­an Olimpik Tokyo untuk tempoh setahun.

Sementara itu, WA kini sedang berusaha bagaimana untuk memulakan kembali saingan musim ini dan mengkaji sebarang perubahan yang perlu untuk proses kelayakan ke temasya Olimpik.

Badan sukan induk itu berharap dapat menjalanka­n beberapa siri perbincang­an yang akan bermula Ogos hingga Oktober ini, bagi membolehka­n atlet kembali menyertai pertanding­an secepat mungkin.

WA juga akan menyediaka­n sebarang jawapan mengenai kemusykila­n mengenai perubahan proses kelayakan Olimpik Tokyo.

Mereka mula melihat kembali proses kelayakan Olimpik selepas IOC dan badan sukan bersetuju semua atlet yang sudah melayakkan diri akan kekal beraksi tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia