Harian Metro

34 KEMATIAN

7 lagi mangsa maut akibat jangkitan Covid-19

-

Kuala Lumpur: Tujuh kematian dilaporkan semalam berkaitan jangkitan Covid-19 kepada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambaha­n itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu di Malaysia sebanyak 34 kes.

Menurutnya, kes kematian ke-28 (kes ke-2,321) adalah perempuan warganegar­a Malaysia berumur 91 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

“Pesakit itu dirawat di Pusat Perubatan

Universiti Malaya (PPUM) pada 26 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac jam 8.48 pagi.

“Kes kematian ke-29 (kes ke-2,123) adalah perempuan warganegar­a Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac sebelum disahkan meninggal dunia pada 28 Mac jam 10.15 malam,” katanya dalam sidang media harian

Covid-19 di Putrajaya, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-30 (kes ke-2,322) adalah lelaki warganegar­a Malaysia berumur 76 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Katanya, pesakit itu dirawat di PPUM sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11.33 malam, 28 Mac lalu.

“Kes kematian ke-31 (kes ke-2,323) adalah lelaki tempatan berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

“Dirawat di PPUM pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia 28 Mac jam 7.44 malam.

“Bagi kes kematian ke-32 (kes ke-1,239) iaitu lelaki tempatan berumur 50 tahun. Dia mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan peserta perhimpuna­n tabligh Seri Petaling.

“Dia dirawat Hospital Enche’ Besar Hajah Kalsom, Johor pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia 28 Mac jam 7.44 malam.

“Manakala kes kematian ke-33 (kes ke-1,249) adalah lelaki tempatan berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara India dan sudah dirawat di Hospital Permai, Johor sebelum meninggal dunia 28 Mac jam 11.25 malam,” katanya.

Menurutnya, kes kematian ke-34 (kes ke-787) iaitu lelaki tempatan berumur 77 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

Katanya, pesakit itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia