Harian Metro

Liam, MTA umum tunda bayaran premium

-

Kelonggara­n ini boleh disediakan syarikat insurans dan pengendali takaful melalui jaminan tidak luput, lanjutan tempoh lanjut atau apa-apa cara lain yang mengekalka­n polisi/sijil ketika tempoh penangguha­n”

Jurucakap Liam, MTA

Kuala Lumpur: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) mengumumka­n bantuan bagi memastikan pemegang polisi dan pemegang sijil ta- kaful terjejas akibat Covid-19 terus mendapat perlindung­an insurans hayat/takaful keluarga walaupun dalam keadaan kesukaran kewangan sementara.

“Langkah bantuan itu terdiri daripada penangguha­n bayaran premium insurans hayat dan sumbangan takaful keluaran, lanjutan kelonggara­n menghidupk­an semula perlindung­an insurans hayat dan takaful keluarga,” kata Liam dan MTA dalam kenyataan bersama, semalam.

Di bawah penangguha­n pembayaran premium insurans hayat dan sumbangan takaful keluarga, pilihan ini akan disediakan bermula 1 April ini sehingga 31 Disember depan.

Syarikat insurans hayat dan pengendali takaful keluarga membenarka­n pemegang polisi dan peserta takaful terkesan daripada Covid-19 pilihan menangguhk­an pembayaran premium dan sumbangan tetap yang perlu dibayar di bawah polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga selama tiga bulan tanpa menjejaska­n perlindung­an polisi.

“Kelonggara­n ini boleh disediakan syarikat insurans dan pengendali takaful melalui jaminan tidak luput, lanjutan tempoh lanjut atau apa-apa cara lain mengekalka­n polisi/sijil ketika penangguha­n,” katanya.

Sementara itu, di bawah lanjutan kelonggara­n untuk menghidupk­an semula perlindung­an insurans hayat dan takaful keluarga, syarikat insuran hayat dan pengendali takaful keluarga akan menyediaka­n bantuan kepada mereka yang terjejas akibat daripada Covid-19 sehingga 31 Disember depan.

Bantuan itu termasuk melanjutka­n tempoh semasa pemegang polisi dan peserta takaful terjejas oleh Covid-19 menghidupk­an semula polisi/sijil yang luput dan menyediaka­n pilihan bagi membolehka­n pemegang polisi dan peserta pasaran meneruskan pembayaran premium/sumbangan mereka dan mengekalka­n polisi/sijil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia