SEGARKAN TUBUH ANDA DENGAN RAWATAN SEA REGENERATION DI THE SPA HILTON KUALA LUMPUR
SESI rawatan 90 minit yang merangkumi urutan, skrub atau rawatan wajah yang melegakan
Dalam menjalani kehidupan sibuk dan bergerak pantas, sesekali manjakan diri anda sambil beristirahat. Bagi warga kota, The Spa di Hotel Hilton Kuala Lumpur menampilkan rawatan Sea Regeneration untuk merawat dan menyegarkan semula minda, badan dan jiwa.
Diinspirasi oleh alam sekitar dan laut, Sea Regeneration menggunakan elemen marin yang mengetengahkan penggunaan air laut, mineral dan vitamin secara terapeutik. Dengan memanfaatkan pengalaman terapi hidro, rawatan ini disediakan untuk mengeluarkan toksin dari dalam badan, mengoksidakan sel dan meningkatkan peredaran darah.
Anda boleh mulakan rawatan ini dengan gabungan urutan selama 60 minit yang diinspirasikan oleh urutan tradisional Melayu dengan teknik Sweden dan Shiatsu. Urutan dengan minyak di seluruh tubuh membantu melegakan tekanan pada titik tertentu, membolehkan kelancaran aliran qi dan menyegarkan tubuh daripada kelesuan.
Setelah sesi urutan, anda boleh memilih sama ada untuk menjalani skrub garam atau rawatan wajah ringkas, setiap satunya mengambil masa selama 30 minit. Dengan menggunakan produk penjagaan kulit Kerstin Florian yang berasaskan botani, rawatan skrub Turki ini menggabungkan eukaliptus, pati terapi aroma, garam laut kaya dengan mineral dan minyak lavender bagi mengelupas kulit anda, menjadikannya lembut dan anjal. Untuk wajah lebih berseri? Apa kata buat rawatan wajah ringkas dengan masker hidrat untuk kulit lebih berseri!
Untuk menamatkan sesi rawatan ini, anda boleh menikmati rawatan sauna berherba dan jakuzi secara percuma. Dengan sauna berherba, rehatkan badan dengan aroma serai dan kunyit yang diketahui memiliki kebaikan antibakteria dan imuniti bagi mengembalikan kesegaran tubuh. Selepas itu, anda boleh menyejukkan badan dengan mandian jakuzi untuk meningkatkan tahap hidrat dan menambah tenaga.
The Spa Hilton KL telah memenangi pelbagai anugerah dengan menawarkan pelbagai jenis terapi yang direka khas untuk menyeimbang dan mengembalikan deria anda. Eksklusif dan mewah, ia memiliki enam bilik rawatan termasuk dua bilik kelamin dengan barisan juruterapi berpengalaman dan berkelayakan sedia memberikan pengalaman terapi badan yang menyegarkan.
Rawatan Sea Regeneration selama 90 minit ini boleh anda nikmati pada harga RM464 bersih. Menariknya, anda boleh menikmati tawaran terhad diskaun 20 peratus apabila membuat tempahan dan rawatan mulai sekarang sehingga akhir April 2020. Selain Sea Regeneration, terdapat beberapa jenis terapi terkemuka untuk anda alami termasuk Pure Indulgence, Radiance, Organic Purity dan banyak lagi.
Untuk pertanyaan mengenai rawatan dan diskaun sebanyak 20 peratus, sila hubungi kami di +603
2264 2830 atau emel kami di KULHI_ SPAGYM@hilton.com