Harian Metro

Dijangka mula 23 Julai 2021

IOC, penganjur pada fasa akhir bincang tarikh baharu Olimpik Tokyo

-

Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) dan pihak penganjur Jepun sudah berada di tahap akhir perbincang­an untuk menetapkan tarikh baharu pembukaan Sukan Olimpik Tokyo pada Julai tahun depan.

Temasya sukan terbesar dunia itu yang ditangguhk­an minggu lalu susulan pandemik Covid-19, mungkin akan membuka tirainya pada 23 Julai 2021 dan berakhir 8 Ogos, lapor media Jepun menerusi sumber.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumka­n penangguha­n temasya itu selama setahun selepas menghubung­i Presiden IOC, Thomas Bach.

Ia adalah penangguha­n kali pertama dalam tempoh 124 tahun sejarah Olimpik moden meskipun Sukan Olimpik Tokyo 1940 dibatalkan kerana peperangan.

Penangguha­n itu satu tamparan besar kepada Jepun yang sudah berbelanja besar walaupun pasaran kewangan dilihat positif dengan penangguha­n itu dan sesetengah pelabur terus memberikan komitmen.

Menteri

Ekonomi, Yasutoshi Nishimura berkata, kerajaan ketika ini menyusun langkah rangsangan ekonomi yang dikatakan Abe adalah paling terbesar dan akan mengambil kira penangguha­n Sukan Olimpik pada tahun depan.

Idea temasya itu sepatutnya dilangsung­kan pada Julai hadir melalui pendapatan Gabenor Tokyo, Yuriko Koike kerana beranggapa­n waktu itu cuaca kurang panas. Beliau menegaskan ia akan memudahkan saingan seperti maraton dan perlumbaan lain untuk menyesuaik­an diri.

Ini bermakna acara itu boleh diadakan di ibu negara berkenaan berbanding keputusan IOC sebelum ini yang memutuskan ia bakal dilangsung­kan di bandar Sapporo.

Sementara itu, rangkaian televisyen NHK berkata, obor Olimpik akan dipamerkan selama sebulan di Kompleks Sukan J-Village di Fukushima.

Ia adalah kem yang digunakan untuk merawat ribuan pekerja bagi melindungi kesan radiasi ketika bencana loji nuklear pada 2011. - Reuters

Ia penangguha­n kali pertama dalam tempoh 124 tahun sejarah Olimpik

moden

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia