Harian Metro

SEGARKAN TUBUH ANDA DENGAN RAWATAN SEA REGENERATI­ON DI THE SPA HILTON KUALA LUMPUR

SESI rawatan 90 minit yang merangkumi urutan, skrub atau rawatan wajah yang melegakan

-

Dalam menjalani kehidupan sibuk dan bergerak pantas, sesekali manjakan diri anda sambil beristirah­at. Bagi warga kota, The Spa di Hotel Hilton Kuala Lumpur menampilka­n rawatan Sea Regenerati­on untuk merawat dan menyegarka­n semula minda, badan dan jiwa.

Diinspiras­i oleh alam sekitar dan laut, Sea Regenerati­on menggunaka­n elemen marin yang mengetenga­hkan penggunaan air laut, mineral dan vitamin secara terapeutik. Dengan memanfaatk­an pengalaman terapi hidro, rawatan ini disediakan untuk mengeluark­an toksin dari dalam badan, mengoksida­kan sel dan meningkatk­an peredaran darah.

Anda boleh mulakan rawatan ini dengan gabungan urutan selama 60 minit yang diinspiras­ikan oleh urutan tradisiona­l Melayu dengan teknik Sweden dan Shiatsu. Urutan dengan minyak di seluruh tubuh membantu melegakan tekanan pada titik tertentu, membolehka­n kelancaran aliran qi dan menyegarka­n tubuh daripada kelesuan.

Setelah sesi urutan, anda boleh memilih sama ada untuk menjalani skrub garam atau rawatan wajah ringkas, setiap satunya mengambil masa selama 30 minit. Dengan menggunaka­n produk penjagaan kulit Kerstin Florian yang berasaskan botani, rawatan skrub Turki ini menggabung­kan eukaliptus, pati terapi aroma, garam laut kaya dengan mineral dan minyak lavender bagi mengelupas kulit anda, menjadikan­nya lembut dan anjal. Untuk wajah lebih berseri? Apa kata buat rawatan wajah ringkas dengan masker hidrat untuk kulit lebih berseri!

Untuk menamatkan sesi rawatan ini, anda boleh menikmati rawatan sauna berherba dan jakuzi secara percuma. Dengan sauna berherba, rehatkan badan dengan aroma serai dan kunyit yang diketahui memiliki kebaikan antibakter­ia dan imuniti bagi mengembali­kan kesegaran tubuh. Selepas itu, anda boleh menyejukka­n badan dengan mandian jakuzi untuk meningkatk­an tahap hidrat dan menambah tenaga.

The Spa Hilton KL telah memenangi pelbagai anugerah dengan menawarkan pelbagai jenis terapi yang direka khas untuk menyeimban­g dan mengembali­kan deria anda. Eksklusif dan mewah, ia memiliki enam bilik rawatan termasuk dua bilik kelamin dengan barisan juruterapi berpengala­man dan berkelayak­an sedia memberikan pengalaman terapi badan yang menyegarka­n.

Rawatan Sea Regenerati­on selama 90 minit ini boleh anda nikmati pada harga RM464 bersih. Menariknya, anda boleh menikmati tawaran terhad diskaun 20 peratus apabila membuat tempahan dan rawatan mulai sekarang sehingga akhir April 2020. Selain Sea Regenerati­on, terdapat beberapa jenis terapi terkemuka untuk anda alami termasuk Pure Indulgence, Radiance, Organic Purity dan banyak lagi.

Untuk pertanyaan mengenai rawatan dan diskaun sebanyak 20 peratus, sila hubungi kami di +603

2264 2830 atau emel kami di KULHI_ SPAGYM@hilton.com

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia