Harian Metro

SOP RUMAH KONGSI

Menyedari penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja warga asing berpotensi besar mencetuska­n gelombang seterusnya, kerajaan dijangka mengumumka­n prosedur standard operasi (SOP) secara terperinci untuk kuarters dan rumah kongsi hari ini.

-

Tiga sebab kes menular dalam kalangan warga asing

Semua depoh pendatang bakal jalani ujian saringan

173 kes jangkitan baharu membabitka­n warga asing

44 pekerja tapak binaan positif Covid-19 dirawat di Hospital Sungai Buloh

Putrajaya: Kawasan penginapan pekerja yang sempit, tahap amalan kebersihan diri serta persekitar­an yang kurang memuaskan, dikenal pasti sebagai punca penularan Covid-19 dalam kalangan warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ruang penginapan yang sempit mengakibat­kan tiada amalan jarakan sosial, antara satu sama lain.

Justeru itu katanya, majikan bertanggun­gjawab memberi pendidikan kepada pekerja, tentang amalan kebersihan dan langkah pencegahan.

“Majikan juga harus memastikan amalan pencegahan bukan sahaja diamalkan di tempat kerja, malahan penting diamalkan di tempat penginapan pekerja, supaya dapat mengurangk­an risiko penularan jangkitan dari tempat penginapan ke tempat kerja dan sebaliknya.

“Pematuhan SOP di tempat kerja akan menjadi sia-sia, sekiranya majikan tidak proaktif dalam memastikan langkah pencegahan penularan Covid-19 turut diambil dan diikuti pekerja, di tempat penginapan,” katanya pada sidang media harian perkembang­an Covid-19 di sini, semalam.

Sementara itu, dalam perkembang­an berkaitan, isu mengenai tempat tinggal pekerja asing di kuarters dan rumah kongsi di negara ini dijangka akan dijelaskan secara terperinci oleh Kementeria­n Sumber Manusia hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kuarters dan rumah kongsi pekerja asing termasuk dalam pindaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019.

Beliau berkata maklumat terperinci mengenai kedua-dua premis berkenaan akan diumumkan hari ini.

“Kerajaan turut mempunyai banyak lagi ketetapan melibatkan polisi pekerja asing yang sudah dibentang dan diluluskan.

“Dalam mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet, perkara ini (polisi pekerja asing) sudah diteliti dan jika Kabinet bersetuju kerajaan akan umumkan kemudian.

“Langkah ini antara lain dibuat kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja asing yang bekerja di negara ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia