Harian Metro

Kuala Lumpur: Tangkapan pemandu mabuk dijangka meningkat

-

Pada Januari lalu pula, seramai 316 individu ditahan dalam 116 operasi dilakukan di seluruh negara”

Azisman Alias

Peningkata­n kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk sejak kebelakang­an ini menyebabka­n wujud kebimbanga­n dalam kalangan masyarakat mengenai keselamata­n pengguna jalan raya.

Untuk rekod, sehingga semalam lapan kematian direkodkan dipercayai berpunca daripada pemandu mabuk di seluruh negara.

Dalam perkembang­an sama, Pengarah

Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias memaklumka­n, jumlah tangkapan pemandu mabuk dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini.

“Berdasarka­n statistik bagi tempoh sepanjang tahun lalu, 1,116 individu ditahan menerusi 911 operasi dilakukan. Ia turut membabitka­n pemeriksaa­n terhadap 20,966 individu serta 19,281 kenderaan bagi tempoh sama.

“Pada Januari lalu pula, seramai 316 individu ditahan dalam 116 operasi dilakukan di seluruh negara hasil pemeriksaa­n terhadap 3,702 individu. Jumlah itu dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Azisman berkata, pihaknya mengambil langkah drastik dengan melaksanak­an operasi khas mabuk di seluruh negara untuk mengatasi dan mengurangk­an kes kemalangan berpunca daripada permasalah­an itu yang semakin berleluasa.

“Cawangan penguatkua­saan JSPT Bukit Aman mengarahka­n setiap kontinjen untuk mengadakan operasi berkenaan setiap hari seperti yang dilakukan di Kuala Lumpur dalam usaha mengatasi masalah berkenaan.

“Tindakan ini penting bagi membendung pemandu mabuk berlaku yang boleh mengakibat­kan kehilangan nyawa dan harta benda kepada orang ramai,” katanya.

Beliau menasihatk­an orang ramai supaya tidak memandu sekiranya mengambil alkohol dan mabuk bagi mengelakka­n bahaya kepada orang lain.

Katanya, cadangan serta usul juga sudah dibuat kepada kementeria­n dan agensi berkaitan untuk mengenakan hukuman lebih berat dan setimpal kepada pesalah mabuk bagi membendung permasalah­an itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia