Harian Metro

Jangan bertandang

Warga emas rentang tali depan rumah elak aktiviti ziarah raya

- Oleh Zaid Salim am@hmetro.com.my

Demi keselamata­n keluarga, seorang warga emas merentang tali di hadapan rumahnya bagi mengelak menerima tetamu pada Aidilfitri tahun ini.

Che Abdullah Salleh, 70, berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah pencegahan bagi mengelak keluarga dijangkiti Covid-19 selain akur dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Aidilfitri tahun ini.

Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) itu berkata, setiap kali menyambut Aidilfitri, rumahnya tidak putus dikunjungi orang ramai selain saudara-mara, adik-beradik dan rakan bermula awal pagi hingga ke tengah malam sehingga penghujung Syawal.

“Jadi bagi mengelak mereka datang beraya, saya merentang tali dan melekatkan helaian kertas ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf tidak terima tetamu,” katanya di rumahnya di Kampung Banggol Tok Esah, Manir di sini, kelmarin.

Katanya, dia bukan tidak mahu menerima tetamu tindakan itu terpaksa dilakukan.

“Saya ada ramai cucu dan anak yang tinggal bersama, tambahan pula keadaan saya dan isteri, Timah Awang, 64, juga tidak berapa sihat.

“Jadi, saya harap mereka yang datang faham kenapa saya tidak terima tetamu kerana wabak ini kita tidak nampak dan tidak tahu siapa yang ada jangkitan,” katanya yang memiliki 11 anak serta 32 cucu.

Katanya, dia menyambut Aidilfitri bersama anak, menantu dan cucu yang tinggal bersamanya di rumah berkenaan.

“Kami beraya di rumah dan solat Aidilfitri pun dilakukan di rumah bersama anak serta menantu, malah persiapan hari raya pun dibuat secara ala kadar,” katanya.

Turut lekatkan helaian kertas ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf tidak terima tetamu

 ?? FOTO: GHAZALI KORI ?? CHE Abdullah memasang notis tidak menerima tetamu selepas kerajaan memutuskan untuk mengehadka­n aktiviti ziarah-menziarahi pada hari pertama perayaan di Kampung Banggol Tok Esah, Manir.
FOTO: GHAZALI KORI CHE Abdullah memasang notis tidak menerima tetamu selepas kerajaan memutuskan untuk mengehadka­n aktiviti ziarah-menziarahi pada hari pertama perayaan di Kampung Banggol Tok Esah, Manir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia