Harian Metro

Dua pemandu degil kena kompaun

-

Kuala Lumpur: Dua pemandu dikompaun dan 23 kenderaan diarah berpatah balik selepas cuba merentas negeri di tujuh sekatan jalan raya (SJR) dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT), semalam.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkua­saan) JSPT Bukit Aman Superinten­dan Bakri Zainal Abidin berkata, dalam tempoh 24 jam pihaknya memeriksa 34,594 kenderaan di kawasan SJR.

“Tiada kesesakan luar biasa dilaporkan di semua sektor dan plaza tol utama untuk ke ibu negara hari ini (semalam).

“Berlaku sedikit kesesakan di SJR kerana pemeriksaa­n teliti dilakukan polis bagi mengelakka­n cubaan pengguna jalan raya rentas negeri,” katanya.

Bakri berkata, aliran trafik dikesan meningkat di Kawasan Lembah Klang sejak pagi semalam dan berkuranga­n secara berperingk­at.

“Semua individu diperiksa diingatkan tidak mengunjung­i rumah ahli keluarga atau sahabat kerana kebenaran beraya hanya dibenarkan pada Aidilfitri pertama.

“Saya nasihatkan masyarakat patuh peraturan sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di lokasi SJR Plaza Tol Jalan Duta mendapati aliran trafik ke utara lancar namun lalu lintas di lokasi sama menghala pusat bandar sesak berikutan pertambaha­n kenderaan serta pemeriksaa­n teliti polis.

Aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan dalam keadaan terkawal.

Keadaan lalu lintas di Plaza Tol Gombak juga lancar dengan jumlah kenderaan amat sedikit dari arah pusat bandar ke timur menjadikan kawasan berkenaan lengang.

Aliran trafik di lokasi itu menghala ke pusat bandar lancar walaupun ada pemeriksaa­n polis.

 ??  ?? ORANG awam yang melanggar perintah pulang ke kampung dikenakan kompaun oleh polis.
ORANG awam yang melanggar perintah pulang ke kampung dikenakan kompaun oleh polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia