Harian Metro

Dua hari berturut-turut tiga digit

-

Putrajaya: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kembali ke angka tiga digit selama dua hari berturut-turut dengan 187 kes dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruha­n penularan wabak itu sebanyak 7,604 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambaha­n 187 kes baharu itu membabitka­n 10 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dengan tujuh daripadany­a warga Malaysia dan tiga lagi pemastauti­n tetap serta pasangan kepada warga Malaysia.

Beliau berkata, baki 177 kes pula berkaitan penularan tempatan dengan 173 daripadany­a membabitka­n jangkitan bukan warga Malaysia, hanya empat kes sahaja dalam kalangan warga Malaysia.

“Penularan tempatan bukan warga Malaysia membabitka­n 155 kes yang dikesan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamata­n Cheras.

“Kes penularan tempatan dalam kalangan warga Malaysia adalah empat kes sahaja,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di sini, semalam.

Beliau turut memaklumka­n, ada 62 kes yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada penularan wabak itu dalam negara sebanyak 6,041 kes, 79.45 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 adalah 1,448 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai lapan pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), lima daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor

Kes penularan tempatan dalam kalangan warga Malaysia adalah empat kes sahaja”

Dr Noor Hisham Abdullah

Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat jam 12 tengah hari, semalam.

 ??  ?? DR Noor Hisham (kiri) pada sidang media di Putrajaya, semalam.
DR Noor Hisham (kiri) pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia