Harian Metro

Saring semua depoh tahanan

Kerajaan komited tangani kenaikan kes positif babit pendatang asing

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Ujian saringan akan dijalankan di semua depoh tahanan imigresen seluruh negara bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang positif Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini susulan peningkata­n mendadak kes jangkitan membabitka­n Pati yang ditahan di depoh tahanan imigresen Semenyih, Bukit Jalil dan Sepang.

Menurutnya, kerajaan menerusi Mesyuarat Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin semalam memutuskan untuk menjadikan Hospital Kusta Sungai Buloh dan bekas Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai pusat kuarantin dan rawatan bagi Pati yang boleh menampung 1,430 pesakit.

Katanya, ini bagi menampung kapasiti Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang yang hanya boleh memuatkan 600 pesakit pada satu masa.

“Kerajaan juga memutuskan untuk menghantar pulang Pati yang negatif ke negara asal mereka dan Kementeria­n Luar kini sedang berkolabor­asi dengan kedutaan asing di negara ini.

“Pusat kuarantin dan rawatan tambahan ini diwujudkan bagi menampung kapasiti Pati sekiranya jumlah mereka yang positif naik mendadak dan MAEPS tidak dapat menampung jumlah itu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, semalam.

Katanya, kenaikan mendadak kes baharu Covid-19

semalam adalah disebabkan kluster depoh tahanan imigresen yang dikesan selepas ujian saringan giat dijalankan.

Beliau berkata, kerajaan juga mengarahka­n pegawai, anggota dan pihak lain yang berkaitan dengan depoh tahanan imigresen supaya menjalani ujian saringan.

“Semua pegawai dan anggota yang bertugas di tiga depoh di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang didapati negatif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan ke atas mereka,” katanya.

MAEPS hanya boleh memuatkan 600 pesakit pada

satu masa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia