Harian Metro

‘Bukan diskrimina­si’

- Bernama

Penyediaan taska khas kepada anak-anak petugas barisan hadapan yang sedang dikaji Kementeria­n Kesihatan (KKM) khususnya pasukan kesihatan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanak­an di luar negara.

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, SOP itu dilihat melalui amalan terbaik dilaksanak­an Centre for Disease Control (CDC) di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Di sana ada disebut bahawa tumpuan harus diberi keberatan kepada anak-anak petugas kesihatan kerana mereka perlu kerja di barisan hadapan dan anak-anak mereka perlu dijaga dengan baik.

“Jadi, dalam menyediaka­n taska dan sebagainya memang kita perlu wujudkan penjarakan sosial, penjagaan kebersihan dan sebagainya untuk semua anak-anak. Kalau ada keupayaan, penyediaan tempat khas untuk anak-anak barisan hadapan juga harus tidak jauh dari hospital supaya mereka boleh bekerja dengan selesa dan mengetahui anak mereka selamat,” katanya dalam temu bual Skype di Buletin Bernama, semalam.

Dr Jemilah mengulas pertanyaan berhubung dakwaan wujudnya diskrimina­si terhadap anak-anak petugas barisan hadapan khususnya kakitangan hospital di taska, sebaliknya mereka hanya ditempatka­n di ruang khas.

Semalam juga, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mengulas langkah itu dilaksanak­an selari dengan kedudukan kanak-kanak berkenaan sebagai kumpulan berisiko.

Jelas Dr Jemilah yang juga pakar perubatan dan pengendali­an bencana dari segi SOP KKM mengenal pasti beberapa kumpulan yang dianggap berisiko lebih tinggi antaranya kumpulan tabligh, pelajar tahfiz, pekerja asing serta pekerja kesihatan di barisan hadapan.

Mengulas lanjut, Dr Jemilah turut menyifatka­n penggunaan perkataan diskrimina­si terhadap anak-anak barisan hadapan itu juga dilihat terlalu keras.

“Itu bukan yang sepatutnya digunakan dan saya rasa SOP (taska) ini akan diperincik­an lagi dan kita melihat bagaimana kita boleh lindungi anak-anak barisan hadapan kesihatan ini supaya mereka dijaga dengan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Jemilah berkata, kemudahan sistem perkhidmat­an kesihatan negara antara yang terbaik di dunia dan jelasnya, KKM mampu menampung jumlah pesakit sekiranya wujud gelombang baharu.

“Malaysia mempunyai perkhidmat­an kesihatan antara yang terbaik di dunia. Saya dah merata bekerja dalam kawasan epidemik dan pandemik. Saya rasa yakin dengan KKM.

“Buat masa ini juga, penggunaan wad di KKM yang memang khas untuk Covid-19 berada dalam tahap 15 peratus ke bawah. Bermakna KKM boleh menampung keperluan lebih kalau ada gelombang baharu pada masa akan datang,” katanya.

Penyediaan tempat khas untuk anak-anak bolehkan mereka bekerja dengan selesa

 ??  ??
 ??  ?? TASKA khas untuk anak-anak petugas barisan hadapan kini dalam kajian kerajaan.
TASKA khas untuk anak-anak petugas barisan hadapan kini dalam kajian kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia