Harian Metro

‘Saya terpukul lagi’

- Oleh Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

Wabak pandemik Covid-19 bukan saja mengubah kehidupan manusia kepada normal baharu, tetapi kini menyebabka­n ramai peniaga kecil bergelut demi meneruskan kelangsung­an hidup.

Jika dahulu wanita ini berjaya membebaska­n diri daripada penerima kepada pembayar zakat namun kehidupann­ya berubah sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an bagi mengekang penularan Covid-19.

Akui Fazliana Shirat, 37, sebaik PKP fasa satu dilaksanak­an 18 Mac lalu, dia yang membuka kedai jahit di dalam kawasan Masjid Azzubair, Cheras menutup premisnya walaupun ketika itu menerima banyak tempahan pakaian.

“Sebaik kerajaan umum PKP, saya akur dan menutup kedai walaupun ada 113 tempahan daripada pelanggan.

“Bagaimanap­un, sebaik kerajaan lanjut lagi PKP fasa dua, saya risau dan mengangkut mesin jahit besar dari kedai ke rumah,” katanya.

Ibu tiga cahaya mata itu berkata, tanpa khidmat dua pembantu, dia meneruskan menyiapkan pakaian pelanggan untuk Aidilfitri.

“Rupa-rupanya bukan peniaga saja mengalami kesukaran hidup, tetapi pelanggan pun sama. Ada yang minta saya tidak siapkan pakaian mereka berikutan gaji dipotong separuh dan hilang pekerjaan.

“Jadi, saya hanya jahit pakaian pelanggan yang boleh bayar, ketika ini 80 pakaian pelanggan disiapkan,” katanya.

Akuinya, hidupnya menunjukka­n sinar selepas tidak lagi bersengkan­g mata setiap pagi menyiapkan jualan makanan apabila pendapatan diraih lebih RM3,000 sebulan hasil bantuan zakat perniagaan diberikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP).

“Bagaimanap­un saya bertekad tidak mahu lagi jadi perima zakat, sebaliknya berusaha menjadi pembayar zakat dan memastikan perniagaan saya tidak ditutup.

“Saya pelbagaika­n kemahiran menjahit saya dengan menghasilk­an tudung, kurta dan pelitup muka fabrik untuk dijual di kedai.

“Lebih-lebih lagi suami juga tidak bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat apabila ditamatkan kontrak Januari lalu,” katanya.

Katanya, demi menjamin keselamata­n, semua pelanggan tidak dibenarkan mencuba baju mereka untuk diperbetul­kan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.

“Biasanya saya ambil ukuran pelanggan sebelum PKP, selepas siap dijahit, pelanggan perlu membayar menerusi atas talian.

“Kemudian saya minta ‘runner menghantar kepada pelanggan. Jika ada pakaian perlu diperbaiki, selepas PKPB baru saya jumpa pelanggan,” katanya.

Fazliana mengakui pada awal perkahwina­n mereka mengalami masa sukar apabila dia perlu bekerja selepas suami, Muhammad Khairul Nazri Ahmad, 41, tempang akibat kemalangan jalan raya pada 2008.

“Ketika itu saya bekerja di sebuah butik terkenal sebagai penyelia untuk menyara

Ada pelanggan tidak mahu disiapkan pakaian mereka berikutan gaji dipotong separuh dan hilang pekerjaan ”

Fazliana Shirat

 ??  ?? FAZLIANA bersama suami dan anaknya.
FAZLIANA bersama suami dan anaknya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia