Harian Metro

Busking atas talian raih RM70 sehari

-

Kuala Lumpur: Jika dahulu kumpulan pemuzik jalanan menjadikan kaki lima, pusat beli-belah dan kawasan pelanconga­n sebagai lokasi persembaha­n.

Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an pada 18 Mac lalu, kumpulan pemuzik jalanan ini tidak boleh melakukan persembaha­n menyebabka­n mereka hilang pendapatan.

Bagi meneruskan kelangsung­an hidup kebanyakan penghibur jalanan menjadikan media sosial sebagai medium persembaha­n.

Bagi Mohd Aizat Azman, 30, atau lebih dikenali sebagai Bob Busker walaupun tidak dibenarkan membuat persembaha­n, dia dan ahli kumpulanny­a mencari alternatif lain membuat busking.

Terkenal dengan kumpulan Sentuhan Buskers dan sering beraksi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dia kini beralih menghiburk­an peminat menerusi siaran langsung di Facebook.

“Pelbagai cara boleh dilakukan ketika PKP apabila kami mengambil inisiatif busking secara langsung di Facebook.

“Alhamdulil­lah sumbangan tetap ada. Setiap kali busking di Facebook, kami boleh dapat RM60 hingga RM70 dan cukup untuk menyara keluarga,” katanya.

Mohd Aizat berkata, busking secara langsung menjadi trend baharu bagi kumpulan pemuzik jalanan.

“Ramai buskers kini muncul secara langsung di Facebook, ia inisiatif kami demi kelangsung­an hidup.

“Kami menyokong tindakan kerajaan demi mencegah penularan penyakit dan mengelakka­n orang ramai berkumpul,” katanya.

Sementara itu, penyanyi jalanan popular di Melaka, Adnan Mat Som menyifatka­n persembaha­n secara langsung demi melepaskan gian menyanyi.

“Lebih penting adalah menyampaik­an pesanan kepada orang ramai supaya duduk di rumah sepanjang PKP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Kesempatan busking di rumah di Klebang membolehka­n saya memberi nasihat untuk tidak melanggar perintah kerajaan,” katanya.

 ??  ?? BOB menerusi Sentuhan Buskers membuat persembaha­n secara langsung di Facebook.
BOB menerusi Sentuhan Buskers membuat persembaha­n secara langsung di Facebook.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia