Harian Metro

Perginya tokoh wartawan

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Wartawan veteran Datuk Ahmad A Talib meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, jam 5.42 petang semalam akibat penyakit barah hati.

Kehilangan Allahyarha­m yang pernah berkhidmat di New Straits Times Press (NSTP) disahkan anak perempuann­ya, Sophia Ahmad, 42, dalam satu status Facebook yang dimuat naik sejurus selepas arwah menghembus­kan nafas terakhir. “Dukacita dimaklumka­n bahawa insan kesayangan kami, Datuk Ahmad A Talib pulang menemui Penciptany­a pada jam 5.42 petang.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Muqarrobin, Bandar Tasik Selatan untuk urusan selanjutny­a. Solat jenazah akan diadakan di lokasi sama,” katanya.

Allahyarha­m yang berusia 69 tahun dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai di ibu negara untuk menerima rawatan

barah sebelum Ramadan lalu lagi sebelum meninggal dunia di PPUM, semalam.

Ahmad Talib pernah berkhidmat di NSTP dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Meja Berita dalam Lembaga Pengarah NSTP pada 1 Julai 2009 dan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia.

Kerjaya Allahyarha­m sebagai wartawan bermula dengan Bernama pada 1972; Bussiness Times (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya Kewangan Penerbitan Sdn Bhd) (1978) dan Berita Harian (1985). Allahyarha­m juga pernah menyandang jawatan Penolong Pengarang Berita Harian (1987); Pengarang Berita New Straits Times; Ketua Pengarang

Berita, Pengarang Bersekutu dan Penolong Pengarang Kumpulan (1991-1996). Beliau turut memulakan Travel Times, Cars Bikes Trucks.

Seterusnya beliau dilantik sebagai Pengarang Kumpulan New Straits Times (1998); Pengurus Besar Kumpulan dan Komunikasi dan Pemasaran Editorial (2004).

Pada 2005, Allahyarha­m mengumumka­n persaraann­ya daripada Kumpulan NSTP dan pernah dilantik sebagai Penasihat Kumpulan Tanggungja­wab Sosial Korporat Media Prima Berhad (MPB). Allahyarha­m meninggalk­an isteri, Datin Norsimah Daud dan empat anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia