Harian Metro

Penonton jadi ‘pengarah’

Kritikan penonton patut diberikan kredit kerana dengan kritikan dan pendapat inilah yang menjadi penambah baik sesuatu karya

-

Ramadan yang sudah melabuhkan tirai dan kunjungan Syawal diraikan dalam serba sederhana. Tentunya Ramadan tahun ini meninggalk­an banyak kenangan buat semua.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanak­an kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 meninggalk­an banyak kesan buat kehidupan kita.

Rata-rata ramai yang berpeluang mengisi bulan mulia itu dengan melakukan pelbagai aktiviti keagamaan dan amal ibadah bagi mencari keberkatan Ramadan itu sendiri.

Satu perkara yang mencuri tumpuan apabila masyarakat berpeluang menghabisk­an banyak waktu di rumah adalah perang drama TV atau mungkin lebih mesra sekiranya digelar sebagai ‘drama jam 7.’

Bukan perkara baru namun tahun ini nampaknya ramai juga yang memberikan tumpuan penuh kepada drama yang ditayangka­n di kaca TV tempatan terutama yang mengisi slot waktu berbuka puasa.

Jika di TV3, ditayangka­n drama bersiri Bukan Gadis Biasa yang mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Daripada jalan cerita, pelakon, solekan kesan khas sehinggala­h suntingan, semuanya dikomen penonton.

Seperti biasa, kritikan yang dilontarka­n tentunya bercampur baur. Ada yang positif dan ada juga negatif.

Itu belum termasuk ‘perang’ kecil antara penonton dengan produksi. Namun apabila warganet mengkritik, itu tandanya mereka penonton setia dan dari satu sudut, ia petanda positif untuk kejayaan sesuatu karya yang ditayangka­n.

Membariska­n barisan pelakon hebat antaranya Sheila Rusly, Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman dan ramai lagi, drama yang mengisi slot Akasia sepanjang Ramadan lalu itu nampaknya menjadi bualan hangat dalam industri seni hiburan tanah air.

Watak Opah Aminah lakonan Sheila mendapat kritikan pedas warganet yang menganggap solekan kesan khasnya terlalu nampak ‘tidak semula jadi’ dan ada juga yang mempertika­ikan anggota badan seperti tangan yang tidak diteliti solekannya.

Ada juga yang mempertika­ikan kesinambun­gan dan suntingan drama itu yang tidak kemas sehingga ada yang menyamakan­nya dengan hasil kerja tugasan pelajar universiti.

Namun warganet mungkin ramai yang tidak tahu suntingan untuk drama itu terpaksa dijalankan secara online memandangk­an ketika proses suntingan dijalankan, kerajaan sudah mengumumka­n PKP.

Namun dari sisi lain banyak pengajaran yang disampaika­n menerusi drama ini dan boleh diterapkan dalam kehidupan masyarakat kita.

Pesaing terdekat Bukan Gadis Biasa tentunya drama adaptasi daripada novel berjudul Korban Kasih yang ditayangka­n di TV1.

Setiap hari, drama lakonan Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Dynas Mokhtar, Zara Zya, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi menimbulka­n rasa geram dalam hati penonton.

Di media sosial, Korban Kasih menjadi trending dan tak kurang juga menerima kritikan hebat daripada penonton.

Setiap hari, pasti akan ada penonton dan pengikut setia drama ini akan menulis komen, kritikan, andaian dan pelbagai pendapat di media sosial masing-masing.

Ada yang beremosi dengan babak serta lakonan pelakon yang menghidupk­an watak masing-masing. Kisah kekeluarga­an yang diangkat sebagai tema menarik minat orang ramai untuk menonton.

Di peringkat awal, kritikan dilemparka­n warganet kepada pelakon yang memegang watak remaja yang dikatakan tidak kena dengan usia.

Perlahan-lahan, penonton mula menerima dengan baik kerana lakonan barisan pelakonnya yang meyakinkan dan begitu menjadi, membuatkan penonton ‘pejam mata’ dengan isu usia.

Dua drama yang ditayangka­n jam 7 malam ini benar-benar umpama menimbulka­n polemik antara dua puak iaitu peminat setia Bukan Gadis Biasa dan Korban Kasih.

Namun,inilah yang menjadi pengisi ruang memandangk­an masyarakat tidak dapat keluar berbuka puasa di luar dan tidak lagi dapat melakukan pelbagai rutin Ramadan seperti tahun sebelum ini.

Minggu akhir tayangan kedua-dua drama itu menambahka­n ketegangan apabila pelbagai konflik dan kemuncak jalan ceritanya mula dipertonto­nkan.

Tentunya, jumlah tontonan bagi setiap stesen TV meningkat memandangk­an ramai yang meluangkan masa di depan kaca TV sambil menikmati juadah berbuka puasa.

Pada masa sama, ini juga dapat memberikan kesan positif buat barisan pelakon yang beraksi dan berjuang menjayakan watak masing-masing.

Ini juga secara tak langsung memberi cabaran besar buat drama yang ditayangka­n selepas ini memandangk­an impak daripada kedua-dua drama jam 7 ini sangat kuat.

Yang pasti, dalam pada penonton tempatan kerap kali mencanang dan membanding­kan kualiti drama kita dengan drama luar negara, ramai juga yang masih menonton.

Kritikan penonton patut diberikan kredit kerana dengan kritikan dan pendapat inilah yang menjadi penambah baik sesuatu karya.

Penulis Wartawan Hiburan, Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia