Harian Metro

Peranan akal & Islam

Orang musyrik sememangny­a tidak menggunaka­n akal mereka untuk menerima kebenaran, mereka sebenarnya lebih selesa dengan ajaran berhala dan mengikut hawa nafsu mereka

-

Pada era sekarang terdapat banyak dakwaan palsu mengatakan dalil aqli (pembuktian melalui akal) sebagai kesan daripada pengaruh falsafah Yunani kuno ke atas perbahasan ilmu akidah Islam.

Kenyataan ini jelas meleset kerana Islam sememangny­a mengiktira­f kepentinga­n akal dalam menegakkan hujah termasukla­h bab ketuhanan dan akidah.

Dalam al-Quran terdapat 13 tempat di mana Allah bertanya ‘Afalaa Ta’qiluun’ yang bermaksud ‘tidakkah kamu menggunaka­n akal kamu?’

Persoalan ini menunjukka­n bahawa peranan akal itu penting untuk memikirkan yang mana hak atau batil. Ayat ini juga memainkan peranan penting untuk menyedarka­n umat manusia bahawa akal yang dikurniaka­n Allah sebagai pengukur dan penimbang untuk meningkatk­an keyakinan.

Sebagai contoh, Allah berfirman, ‘Dan Dialah yang menciptaka­n serta mengembang­kan kamu di bumi dan kepada-Nya kamu akan dihimpunka­n. Dan Dialah yang menghidupk­an dan mematikan dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu menggunaka­n akal kamu?”

(Surah Al-Mu’minun: 79-80).

Ayat ini jelas menjadi dalil akidah kepada umat Islam dan disudahi dengan persoalan adakah kita sebagai manusia, tidak menggunaka­n akal kita untuk memahami kenyataan Allah dalam hal berkenaan.

Namun, untuk membezakan orang Islam dan musyrik adalah orang musyrik tidak menggunaka­n akal mereka untuk menerima segala kejadian alam adalah bukti keagungan Allah, bahkan mereka mempersoal­kan, ‘Adakah apabila kamu telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitk­an (hidup semula)’

(Surah Al-Mu’minun: 82).

Orang musyrik sememangny­a tidak menggunaka­n akal mereka untuk menerima kebenaran, mereka sebenarnya lebih selesa dengan ajaran berhala dan mengikut hawa nafsu mereka.

Hal ini menyebabka­n mereka mempersoal­kan kembali apa yang telah dikhabarka­n kepada mereka. Di akhirat kelak, mereka akan menyesal kerana tidak menggunaka­n akal mereka untuk mengukur kebenaran yang hakiki atau kepalsuan hawa nafsu.

Hal ini dinyatakan Allah dalam al-Quran, ‘Dan mereka (orang kafir) berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan menggunaka­n akal kami, tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka.’

(Surah Al-Mulk: 10).

Ayat ini mengkhabar­kan kepada kita bahawa orang kafir dan musyrik yang dimasukkan ke dalam api neraka ditanyakan kepada mereka, ‘Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran?’

(Surah Al-Mulk: 8).

Lalu mereka semua sepakat menjawab, ‘Ada. Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepada mereka): Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu hanyalah berada dalam kesesatan yang besar.’

Kejadian sedemikian memang berlaku kerana ia sudah dinyatakan sendiri oleh Allah yang menjadikan kita semua. Bahkan di zaman Rasulullah, ‘Bahawa penduduk Makkah meminta kepada Rasulullah untuk diperlihat­kan kepada mereka satu mukjizat (tanda kerasulan), maka Rasulullah memperliha­tkan kepada mereka mukjizat terbelahny­a bulan.’

(Surah Al-Mulk: 9) (Hadis Riwayat Al-Bukhari, no.3438 dan Muslim, no.2802).

Namun orang musyrikin Makkah tetap kufur bahkan menuduh Nabi melakukan sihir, Allah merakam perkara ini dalam firmannya ‘Dan kalau mereka (musyrikin Makkah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata : (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.’(Surah

Al-Qamar: 2).

Seseorang yang mempunyai akal yang sihat pasti menerima mukjizat itu sebagai bukti kerasulan, namun kaum musyrikin Makkah tidak menggunaka­n akal mereka sehingga bertanya pula kepada orang yang baru pulang dari musafir, adakah mereka juga melihat bulan terbelah.

Walau pun orang musafir itu membenarka­n kejadian itu, mereka tetap menuruti hawa nafsu mereka sehingga mereka berdalih pula bahawa Nabi menggunaka­n sihir kepada bulan.

Sedangkan tidak ada satu sihir pun dapat melakukan sedemikian rupa. Perkara sebeginila­h yang dimaksudka­n dalam ayat di atas, mereka tidak menerima Rasul yang diutus dengan menolak untuk mendengar dakwah nabi dan tidak menggunaka­n akal untuk memikirkan yang mana benar dan yang mana salah.

Berdasarka­n seluruh fakta di atas, dapat kita simpulkan bahawa Islam tidak menolak peranan akal untuk menimbang kebenaran atau kebatilan.

Bahkan mukjizat dimunculka­n juga untuk menyedarka­n akal yang sihat agar tunduk kepada kebenaran. Demikian juga Allah mengkhabar­kan penyesalan orang kafir terhadap sikap mereka sering menafikan kebenaran yang pernah hinggap pada pendengara­n dan akal mereka.

Oleh itu jelaslah bahawa akal mempunyai peranan yang besar dalam dakwah Nabi ketika hayat Baginda. Maka terbatalla­h dakwaan bahawa penggunaan akal merupakan pengaruh daripada falsafah Yunani.

Penulis adalah Setiausaha Muzakarah dan Syariat (Muhadis)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia