Harian Metro

Kiamat: Peristiwa besar perlu difahami manusia

-

Lafaz berkaitan kiamat dalam al-Quran merupakan antara lafaz yang paling banyak dijelaskan dalam pelbagai ayat dan surah yang berbeza. Imam Al-Qurtubi menjelaska­n bahawa setiap lafaz yang diulang dan dinyatakan dalam pelbagai bentuk menunjukka­n kepentinga­n untuk memahaminy­a dengan kadar yang tinggi.

Jika disoroti dengan terperinci, Allah SWT menurunkan beberapa surah yang dinamakan khusus dengan lafaz kiamat.

Kepentinga­n memahami dan mengenali lafaz berkaitan kiamat ini adalah bertitik tolak dari firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dia telah mengajarka­n Nabi Adam AS, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukka­nnya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanl­ah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”

ayat 31).

(Surah al-Baqarah

Dalam hal ini, setiap lafaz yang terdapat dalam al-Quran pasti memberi makna yang tertentu. Apabila diteliti dari sudut bahasa, pasti makna satu-satu lafaz itu berbeza dengan makna dalam ayat. Oleh itu, pemahaman lafaz dalam al-Quran khususnya membabitka­n peristiwa masa akan datang perlu dipelajari dengan teliti supaya makna yang sebenar dapat diperolehi.

Dari sudut lafaz berkaitan kiamat dalam al-Quran, terdapat lafaz yang jelas dinyatakan seperti al-Qiyamah, yaum al-Akhirah, yaum al-Diin, yaum al-Saah dan lain-lain. Manakala terdapat juga lafaz yang dinyatakan secara umum tetapi merujuk kepada keadaan kiamat seperti lafaz dakka, bassa, rajja, syaqqa dan lain-lain.

Secara umumya terdapat beberapa surah yang dinamakan khusus dengan nama kiamat iaitu, al-Waqiah, al-Ghasiah, al-Haaqah, al-Taghabun, al-Zalzalah, al-Qiyamah dan al-Qariah. Kesemua surah ini mempunyai variasi penceritaa­n mengenai kiamat dalam konteks yang berbeza-beza berdasarka­n asbab penurunann­ya.

Pada setiap permulaan surah itu, Allah SWT melemparka­n persoalan dan penegasan yang khusus iaitu berkaitan hari kiamat. Perkara ini menunjukka­n sesuatu yang penting perlu difahami semua manusia mengenai satu peristiwa yang besar akan berlaku kelak.

Justeru itu, perbahasan berkaitan kiamat ini, tidak hanya terhenti kepada tanda kiamat sahaja, bahkan melangkaui akal pemikiran manusia secara keseluruha­n khususnya melibatkan lafaz tertentu.

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia