Harian Metro

Search rancang konsert Disember

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Search merancang mengadakan semula Konsert Apologia Search & Awie di Stadium Melawati, Shah Alam pada Disember ini selepas ditunda ekoran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Pemain bass kumpulan itu, Nasir Daud (gambar) berkata, pihaknya perlu melihat keputusan kerajaan sama ada membenarka­n penganjura­n konsert dalam masa terdekat.

“Selagi tiada kenyataan rasmi, kami tidak akan mulakan sebarang persiapan. Apabila ada keputusan dibuat, barulah kami akan rancang semula perkara ini.

“Cuma, kali ini lokasi akan diubah daripada The Bee ke tempat yang lebih besar iaitu di Stadium Melawati, Shah Alam. Ini untuk memberi peluang kepada semua peminat hadir menonton.

“Sekarang semua orang sudah tahu dan maklum mengenai konsert ini kerana promosi yang dibuat juga agak hebat. Alang-alang begitu, ada baiknya kami buat di tempat yang hebat,” katanya.

Nasir berkata, pihaknya juga tidak menjangka jualan tiket membabitka­n kategori VIP laris untuk konsert itu yang sepatutnya berlangsun­g pada 28 Mac lalu.

“Dari semasa ke semasa permintaan untuk kategori tempat duduk ini semakin bertambah. Kita kena faham Search adalah nama besar.

“Peminat merangkumi semua golongan sama ada generasi baru atau otai dalam kalangan profesiona­l yang mengikuti kami sejak zaman bujang.

“Mereka memang tiada masalah setakat untuk beli tiket kategori ini kerana bukan selalu kami buat konsert,” katanya.

Menurutnya, perubahan untuk menukar lokasi dan tarikh dibuat menerusi perbincang­an dengan penganjur, Imaginex.

“Semuanya berlaku atas persetujua­n bersama. Cuma, konsep persembaha­n masih sama. Kami kekalkan Search dan Datuk Awie kerana dia paling sesuai untuk bersama Search di pentas.

“Bagi memberi kepuasan kepada peminat, kami turut menambah beberapa lagu dalam konsert ini.

“Memandangk­an Stadium Melawati boleh menampung hampir 8,000 peminat, jadi kami yakin ia boleh dicapai,” katanya.

Nasir berkata, keyakinann­ya terhadap konsert ini semakin bertambah apabila peminat sering bertanya berkenaan tarikh baharu konsert itu.

“Kami hanya boleh jawab selepas keputusan kerajaan terhadap perkara ini. Jika dibenarkan, kami janji akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Kalau ada peminat yang demam atau selsema, kami tak akan benarkan masuk. Sudah semestinya kami kena ambil langkah-langkah yang betul bagi mengelakka­n sebarang masalah,” katanya.

Selain Nasir, Search turut dianggotai oleh Din (gitar) dan adiknya, Kid (gitar), manakala Pae bertindak sebagai pemain drum undangan.

Kami janji akan mengikut SOP ditetapkan

kerajaan

Nasir Daud

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia