Harian Metro

Hati terbuka menteri tegur

Amin padam gambar khutbah pegang Loki Scepter

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@ hmetro.com.my

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, 39, bertindak memadam gambar dan memohon maaf kerana memegang Loki Scepter ketika membacakan khutbah Hari Raya Aidilfitri Ahad lepas.

Ia susulan teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal

Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak sebagaiman­a yang tular di media sosial.

“Sebagai tanda menerima teguran menteri, dengan hati terbuka saya padam gambar khutbah pegang Loki Scepter dan mohon ampun pada Allah SWT. Reda Allah lebih penting daripada tanda suka dan perkongsia­n manusia.

“Mungkin dalam isu tongkat khutbah ini ramai yang kata ‘niat saya baik, saya tak niat nak bergurau pun, tak terfikir nak buat lawak pun.’ Apapun, soal niat siapa kita nak persoalkan. Hanya Allah yang tahu apa di hati manusia.

“Jadi, apabila Datuk Dr Zulkifli menegur mengenai isu ini saya percaya beliau tidak bercakap tanpa asas dan dalil. Jauh sekali nak menjadi joykiller kerana beliau pasti mahu kita bergembira di hari raya kerana itu perintah agama,” katanya.

Amin yang juga pengendali program The Amin Idris Show berkata, teguran itu membuatkan dia muhasabah diri untuk lebih berjaga-jaga selepas ini.

“Selepas teguran itu, saya mula bermuhasab­ah diri. Memang benar, walaupun ‘tongkat itu sunat’, tapi ia tetap sebahagian ibadah. Sebagaiman­a kita berjaga-jaga setiap tindakan dalam ibadah solat, begitu juga dalam soal tongkat walaupun ia sunat.

“Jadi apa yang terbaik, saya terus padam dan mohon maaf atas keterlanju­ran dan kesilapan saya. Ditambah pula yang menegur adalah insan yang alim dan jauh lebih baik amal solehnya berbanding saya yang solat malam pun jarang sekali.

“Sekali lagi saya mohon maaf. Apa pun, isu ini adalah ruang dan peluang untuk yang tak tahu mula tahu. Insya-Allah, saya akan bawa isu ini dalam program #TheAminIdr­isShow,” katanya.

 ??  ?? AMIN hormati teguran Dr Zulkifli.
AMIN hormati teguran Dr Zulkifli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia