Harian Metro

Simpan impian zuriat bergelar hafiz

Lelaki maut dirempuh kereta tak sempat semak bacaan Quran anak

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

Malam kelmarin, Dahlan Abdul Salam, 48, berjanji dengan anak-anaknya untuk mendengar dan menyemak bacaan ayat suci al-Quran diperdenga­rkan mereka.

Selepas menunaikan solat Maghrib di Surau Pacitan Parit Baru, Dahlan yang juga guru di Maahad Tahfiz Ummul Qura’, Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam berjalan pulang ke rumahnya di Jalan Seri Jaya, Parit Baru, Sungai Air Tawar di sini.

Bagaimanap­un, Allah lebih menyayangi­nya apabila Dahlan meninggal dunia dilanggar Proton Wira jam 8.20 malam.

Manakala pemandu Proton Wira berusia 32 tahun selamat.

Isteri Allahyarha­m, Siti Nor Amalina Kameludin, 36, berkata, suaminya kerap berpesan supaya menjaga anak-anak dengan baik selain memeriksa bacaan al-Quran mereka.

“Sebelum ini, arwah kerap berpesan supaya saya menjaga anak dan periksa bacaan al-Quran mereka. Dengan anak-anak pun, suami selalu berpesan, “kalau abah dah tak ada, siapa nak tolong ibu?”

“Suami menyimpan hasrat untuk melihat anak-anak kami menjadi hafiz dan hafizah. Setiap hari, anak akan membaca dua juzuk al-Quran dan kami berdua akan mendengar serta menyemak bacaan.

“Kebetulan, sekolah tidak dibuka lagi. Jadi, saya dan suami ambil kesempatan ini untuk membuat kelas al-Quran untuk anak anak,” katanya ditemui semalam.

Dalam pada itu, Amalina berkata, dia sempat beraya bersama Allahyarha­m dan anak-anak di kampung halamannya di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar, kelmarin.

“Semasa di kampung, suami melayan tetamu yang datang dari selepas Zuhur hingga sebelum Asar. Saya nampak dia dengan anak-anak kurang bercakap dan banyak mendiamkan diri.

“Pada awalnya, saya anggap suami mungkin kepenatan kerana melayan tetamu. Walaupun sedih namun kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri, Siti Nor Amalina dan empat anak, Nurin Qistina, 17, Durrotun Nasihin, 15, Muhammad Suraim Asadi, 13 dan Sughairotu­n Ajmal, 7.

Jenazah Allahyarha­m sebelum itu disolatkan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Apong sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Apong, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superinten­dan Agus Salim Mohd Alias berkata, pemandu Proton Wira tidak perasan mangsa sedang berjalan di tengah jalan raya kerana keadaan gelap dan tiada lampu di kawasan itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Rizam Ismail (dua dari kiri) menziarahi keluarga Allahyarha­m Dahlan.
AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Rizam Ismail (dua dari kiri) menziarahi keluarga Allahyarha­m Dahlan.
 ??  ?? ALLAHYARHA­M Dahlan
ALLAHYARHA­M Dahlan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia