Harian Metro

Tetap datang kedai

24 cawangan Harvey Norman terus beroperasi

- Oleh Rosyahaida Abdullah bisnes@hmetro.com.my

Peneraju keperluan isi rumah, Harvey Norman Malaysia yakin untuk terus mengukuhka­n perniagaan di 24 cawanganny­a di seluruh negara biarpun berdepan keperluan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan susulan penularan Covid-19 ketika ini.

Pengurus Besar Bahagian Elektrikny­a, Ian Bushy Martin berkata, tidak dinafikan segmen perniagaan dalam talian syarikat menyaksika­n peningkata­n ketara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Mac lalu.

Walau bagaimanap­un, katanya, pihaknya melihat beberapa elemen dalam urus niaga mempengaru­hi pelanggan untuk kekal memilih datang ke premis bagi melakukan pembelian.

“Kami mempunyai perniagaan dalam talian yang cukup maju untuk kemudahan pengguna mendapatka­n keperluan masing-masing ketika berada di rumah sepanjang tempoh mencabar ini.

“Selain barangan komputer bagi tujuan bekerja dari rumah, turut mendapat sambutan adalah perkakasan dapur.

“Namun kami dapati pelanggan masih mahu dan selesa untuk membeli di premis. Mereka ingin berinterak­si dengan manusia secara bersemuka dan meminta khidmat nasihat mengenai sesuatu produk.

“Justeru amat penting untuk perniagaan secara bersemuka di cawangan diberi tumpuan dan pada masa sama perniagaan dalam talian tidak dikecualik­an kemajuanny­a,” katanya kepada pemberita.

Ditemui pada sesi penyerahan sumbangan komputer riba dan juadah berbuka puasa buat warga Hospital Kuala Lumpur (HKL), beliau menjelaska­n, semua cawangan Harvey Norman di seluruh Malaysia kini sudah dibuka dengan waktu operasi berbeza mengikut kawasan.

Kata beliau, setiap cawangan semestinya memberi penekanan kepada aspek pematuhan SOP termasuk memeriksa suhu pelanggan dan amalan penjarakan sosial antara pelanggan dan kakitangan bertugas selain proses nyah kuman secara kerap.

 ??  ?? IAN
IAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia