Harian Metro

Starbucks sumbang 1,000 cawan kopi

-

Kuala Lumpur:

Starbucks Malaysia komited menyokong petugas barisan hadapan yang berdepan pandemik Covid-19 dengan menghidang­kan kopi di hospital, balai polis dan pusat pemeriksaa­n dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Lebih dari 1,000 cawan kopi diagihkan kepada Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jabatan Kesihatan Lembah Pantai, Jabatan Kesihatan Titiwangsa, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan beberapa klinik di seluruh Kajang dan Bangi serta pasukan petugas Covid-19 Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Bhd dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays berkata, syarikatny­a sentiasa mencari cara untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan menjaga kesejahter­aan rakan kongsi serta pelanggann­ya.

“Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac lalu, Starbucks menekankan kepada kebersihan dan langkah keselamata­n di kedai.

“Dalam tempoh PKP, Starbucks menghentik­an penggunaan semua tempat duduk kafe dan perkhidmat­an cawan peribadi serta bagi kesenangan pelanggan, pandu lalu dan servis penghantar makanan masih beroperasi.

“Sejak 4 Mei dan seterusnya, kami menjalanka­n stesen pemeriksaa­n suhu kepada pelanggan dan pekerja sebelum memasuki premis di semua cawangan seluruh Malaysia,” katanya.

Katanya, sebagai kesinambun­gan dari kesedaran sosial, Starbucks Malaysia menawarkan promosi beli satu percuma satu dan potongan 30 peratus produknya melalui pembelian pandu lalu dan bawa pulang.

 ??  ?? LEBIH dari 1,000 cawan kopi diagihkan.
LEBIH dari 1,000 cawan kopi diagihkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia