Harian Metro

SAYU BERAYA DI KOTA

-

Aidilfitri yang jatuh pada Ahad lalu disambut berbeza. Bagi pelakon dan penyanyi, Izzue

Islam, ia disambut secara sederhana saja.

Seperti biasa, Izzue meraikanny­a bersama isteri tercinta, Awin Nurin dan kali ini hanya beraya di rumah.

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri dalam normal baharu, baru-baru ini, Izzue berkata, mereka juga tidak membenarka­n tetamu untuk berkunjung ke rumah mereka.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, kita kini perlu menjalani normal atau rutin baharu dan Aidilfitri juga perlu mengikut pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Jadi, untuk mengelakka­n sebarang perkara yang tidak diingini, saya memilih untuk tidak menerima tetamu. Alhamdulil­lah, keluarga dan saudara-mara pun faham dengan situasi sekarang,” katanya.

Menurut Izzue, keputusan itu adalah sebagai salah satu langkah untuk mengelakka­n penularan pandemik Covid-19.

“Banyak perkara yang perlu dibimbangk­an.

Kalau kita sihat, kita tak tahu bagaimana keadaan kesihatan tetamu yang datang. Lebih membimbang­kan sekiranya ada keluarga yang terdiri daripada kanak-kanak dan warga emas. Mereka lebih berisiko berbanding orang muda. Lagipun Covid-19 bukan seperti wabak lain kerana ia tak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Kalau demam denggi, kita tahu puncanya dari nyamuk aedes dan kita boleh nampak nyamuk itu. Covid-19 ini cerita dan cara penularann­ya berbeza. Saya tak mahu kita menjadi punca orang lain terkena jangkitan,” katanya.

Izzue berkata, sekiranya sayangkan keluarga, banyak lagi cara lain untuk kita semua sentiasa berhubung.

“Memang tak dinafikan rasa sayu sangat apabila tak dapat kembali ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Namun, ini adalah satu situasi yang tidak pernah kita semua jangkakan.

“Dengan adanya teknologi seperti panggilan video dan sebagainya, sekurangku­rangnya kita masih dapat berhubung dengan keluarga walaupun dipisahkan dengan jarak,” katanya.

Menurut Izzue, dia dan isteri sentiasa cuba sebaik mungkin untuk menukar persepsi bahawa perayaan tanpa keluarga atau kampung halaman adalah sesuatu yang perlu diratapi.

“Elakkan perkara yang mengundang kesedihan. Tukar persepsi itu kepada perkara positif. Bukan apa, kadang-kadang kalau kita terlalu bersedih pun, kita akan terjurus untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti

 ??  ?? BERSAMA isteri tercinta, Awin Nurin hanya beraya
di rumah.
BERSAMA isteri tercinta, Awin Nurin hanya beraya di rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia