Harian Metro

RINDU BERSARANG DALAM DIRI

Andi tidak kecewa atau rasa ralat walaupun terpaksa beraya sendirian

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Walaupun teringin sangat meraikan Aidilfitri di kampungnya di Sabah, penyanyi Andi Bernadee,

28, lebih utamakan keselamata­n diri serta orang tersayang.

Walaupun terpaksa beraya sendirian ketika sambutan Aidilfitri Ahad lalu, Andi tidak kecewa atau rasa ralat.

Hakikatnya, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile mengelak daripada sebarang perkumpula­n sosial sejak pandemik Covid-19 tercetus.

Baginya, lebih baik dia patuh saja terhadap segala arahan keselamata­n demi kebaikan semua.

Apapun, dia tidak menafikan rindu terhadap keluarga semestinya bersarang dalam diri.

Mujur seisi keluarga faham, malah menggalakk­an dia untuk lebih pentingkan keselamata­n berbanding menyuruh pulang.

“Memandangk­an situasi sekarang pun masih membahayak­an, saya kekal dengan keputusan untuk tidak pulang beraya di kampung halaman. Lagipun, kalau pulang beraya pun ibaratnya tidak berbaloi. Jika tiba di Sabah, saya kena jalani kuarantin dan keluarga pun semua memutuskan untuk tidak beria-ria menyambut Aidilfitri tahun ini.

“Ibu saja yang sedih sedikit, namun sangat memahami dan tidak kisah pun saya tiada pada tahun ini. Itu yang sebaiknya jika kita mahu pastikan rantaian virus ini boleh diputuskan secepat mungkin,” katanya.

Sejak hari raya pertama lalu, Andi tidak keluar ke mana-mana. Dia juga bersyukur apabila dapat menghabisk­an masa di rumah.

Katanya, barulah dia menghargai masa berharga apabila dapat melakukan banyak perkara walaupun dari rumah. Antaranya dia mahu membina studio kecil dalam rumah sendiri untuk kerja rakaman lagu.

“Impian membina studio kecil memang saya pendam sejak dulu. Sekurang-kurangnya, saya boleh pelajari selokbelok bagaimana untuk mengendali­kan proses pembikinan lagu pula selepas ini.

“Saya sudah memulakan serba sedikit pembinaan studio itu. Tapi, tidak sampai nak buat studio yang gah seperti studio rakaman sebenar. Cukup setakat boleh melakukan kerja pembikinan lagu yang ringkas.

“Mujur banyak masa dihabiskan di rumah sekarang untuk merealisas­ikan impian itu. Kebetulan saya pun merancang untuk buat lagu sendiri pula dan pastinya studio itu sangat berguna bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Bercerita mengenai kerjaya seninya, Andi berkata, dia kini dalam proses menyediaka­n segala bahan untuk album penuh sulungnya. Namun, ia masih berada di peringkat awal dan perlu pertolonga­n ramai pakar.

“Masih banyak aspek yang masih di peringkat awal termasuk konsepnya. Belum ada sebarang perkembang­an terbaru, tetapi saya sasarkan untuk keluarkan album penuh ini.

“Untuk pengisiann­ya pula, saya turut akan memuatkan lagu yang pernah saya lancarkan sebelum ini. Yang pasti, saya ingin pelbagaika­n jenis rentak lagu dalam album itu kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Andi turut bersyukur apabila dapat memanfaatk­an Ramadan lalu dengan melakukan misi bantuan.

Menurutnya, ia adalah waktu yang tepat untuknya berbuat demikian apatah lagi ramai terkesan dengan situasi pandemik Covid-19 sekarang.

Dia mengakui terpanggil berbuat demikian apabila insan seni antara yang paling terjejas bagi meneruskan kelangsung­an hidup.

Justeru, dia berganding bahu dengan pihak pengurusan untuk menghulur bantuan yang termampu.

“Saya sedih sebenarnya melihat nasib rakan artis dan penggiat seni yang berdepan kesukaran hidup pada situasi sekarang. Oleh itu, dengan bantuan seorang rakan yang bekerja di bahagian produksi, saya memulakan misi terbabit.

“Walaupun tidak seberapa, saya cuba sedaya upaya untuk menghulurk­an bantuan menggunaka­n simpanan sendiri. Syukur, dapat meringanka­n beban mereka dan seronok melihat kegembiraa­n mereka.

“Saya lakukannya secara berperingk­at di mana saya mengutamak­an mereka yang betul-betul memerlukan berdasarka­n maklumat saya dapat. Mereka termasuk kru produksi, artis sakit dan artis veteran,” katanya.

Ibu saja yang sedih

sedikit, namun sangat memahami dan tidak kisah pun saya tiada pada tahun ini. Itu yang sebaiknya jika kita mahu pastikan rantaian virus ini boleh diputuskan secepat mungkin

ANDI

 ??  ?? ISI aktiviti Ramadan membantu artis susah.
ISI aktiviti Ramadan membantu artis susah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia