Harian Metro

KUTIP SAMPAH DI LAUTAN

150 sukarelawa­n kumpul 1,080kg plastik buangan cemari pantai di Jeram, Selangor

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Isu

pencemaran plastik di lautan kini mencapai tahap krisis global.

Dianggarka­n, 300 juta tan plastik sudah pun mencemari kawasan lautan di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Peka dengan kepentinga­n menjaga alam sekitar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Seven Clean Seas tampil melaksanak­an inisiatif mengutip plastik sampah yang mencemari perairan pantai dan kawasan lautan.

Pengasasny­a, Tom Peacock-Nazil berkata, inisiatif itu dilakukan kerana krisis pencemaran plastik sampah kini berada pada tahap yang semakin membimbang­kan.

Kata Nazil, sebagai pengembara tegar, dia sudah melancong ke ratusan pantai di seluruh dunia dan masalah pencemaran plastik sampah berlaku di mana sahaja.

“Justeru, akhir bulan lalu (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan) dengan sokongan sukarelawa­n, kami mengadakan program Gotong Royong Membersih Kawasan Pantai di Jeram, Selangor.

“Lokasi ini turut berada dalam radar kami kerana turut mengalami pencemaran plastik sampah.

“Aktiviti gotong-royong sebegini bukan sahaja dapat membersihk­an alam sekitar, malah menjadi aktiviti yang menyeronok­kan untuk seisi keluarga,” katanya.

Acara gotong-royong itu disertai 150 sukarelawa­n dan mengumpul 1,080 kilogram (kg) plastik sampah.

Dalam pada itu, dianggarka­n pada tahun ini sahaja sebanyak 12.7 juta tan plastik mencemari kawasan lautan.

Ia bersamaan dengan sebuah lori yang dipenuhi sampah, membuang sisa itu di lautan setiap minit.

Plastik buangan itu bukan sahaja mencemarka­n alam sekitar, malah berbahaya selain dapat memusnahka­n hidupan marin, burung dan kerangan di lautan.

Nazil berkata, acara membersih kawasan pantai itu dimulakan di Singapura dan mendapat maklum balas yang memberangs­angkan.

Sehingga hari ini, NGO itu berjaya mengalihka­n lebih 50,000kg plastik sampah dari kawasan persisiran pantai di negara ini.

Malah menurut Nazil, pihaknya mahu acara membersih pantai ini dilakukan lebih kerap bagi memastikan kawasan lautan terpelihar­a.

“Kami mengalu-alukan sokongan semua pihak, jika tidak dapat menyertai program yang diadakan, orang ramai boleh menyumbang menerusi pembelian gelang tangan istimewa Seven Clean Seas.

“Setiap gelang tangan yang dijual, kami berjanji akan mengalihka­n satu kg plastik sampah dari lautan.

“Untuk maklumat lanjut, layari www. sevenclean­seas.com, “katanya.

 ??  ?? TAYAR antara sampah yang biasa ditemui dibuang di kawasan pantai negara ini.
TAYAR antara sampah yang biasa ditemui dibuang di kawasan pantai negara ini.
 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N yang menyertai gotong-royong membersihk­an kawasan pantai di Jeram, Selangor anjuran Seven Clean Seas,
baru-baru ini.
SUKARELAWA­N yang menyertai gotong-royong membersihk­an kawasan pantai di Jeram, Selangor anjuran Seven Clean Seas, baru-baru ini.
 ??  ?? GOTONG-rotong membersih kawasan pantai menjadi aktiviti menarik untuk seisi
keluarga.
GOTONG-rotong membersih kawasan pantai menjadi aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
 ??  ?? USAHA murni untuk menyelamat­kan alam sekitar dan hidupan
marin.
USAHA murni untuk menyelamat­kan alam sekitar dan hidupan marin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia