Harian Metro

Hulur sumbangan beli kit ujian Covid-19

-

Dalam usaha membantu kerajaan meningkatk­an keupayaan pengujian Covid-19, AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd (AMWAY Malaysia) tampil menyumbang RM156,000 bagi membiayai pembelian 3,354 kit ujian untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada kempen Mari Kita Bersama-Sama Perangi Covid-19 di mana syarikat berkenaan memberi galakan kepada Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) dan kakitangan untuk menderma mulai 20 April lalu hingga 31 Mei ini.

Lebih menarik, dalam tempoh 10 hari sejak pelancaran­nya, kempen itu berjaya mengumpul RM156,000 dan sumbangan itu terus dihulurkan kepada PPUM.

Sumbangan fasa pertama itu bagi memastikan hospital terbabit mempunyai kit yang mencukupi untuk menjalanka­n ujian Covid-19.

Berucap di majlis penyampaia­n sumbangan berkenaan, Pengarah Urusan AMWAY Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Duong berkata, pihaknya bangga dengan usaha dan kesungguha­n ABO serta kakitangan dalam membantu negara.

“Ketika masyarakat terus dibelenggu pandemik Covid-19, pihak syarikat, ABO serta kakitangan kami berasa bertanggun­gjawab untuk membalas jasa rakyat Malaysia yang menyokong perkembang­an kami selama ini.

“Berpaksika­n semangat perpaduan, kami menggerakk­an kempen untuk membantu pakar penjagaan kesihatan profesiona­l di PPUM yang bertungkus-lumus sepanjang masa tanpa mengenal penat dan jemu menjaga keselamata­n serta kesihatan orang ramai sejak tercetusny­a wabak Covid-19, “katanya.

Sementara itu, Pengarah PPUM, Profesor Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin turut merakamkan penghargaa­n kepada syarikat itu atas sumbangan berkenaan.

“Selepas mencapai sasaran awal negara untuk menjalanka­n 16,500 ujian Covid-19 sehari, Malaysia semakin hampir untuk mencapai matlamat iaitu 22,000 ujian sehari.

“Oleh itu, kami memerlukan kit yang secukupnya bagi meningkatk­an keupayaan ujian saringan dan sumbangan ini tepat pada masanya bagi membolehka­n kami meningkatk­an keupayaan pengujian,” katanya.

Selain sumbangan itu, syarikat terbabit turut menyumbang­kan 346 Penapis Udara Atmosphere bernilai hampir RM2 juta kepada pelbagai institusi di seluruh negara.

Sumbangan terbesar iaitu 250 penapis udara bernilai RM1.4 juta diberikan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain hospital kerajaan, syarikat terbabit turut menyumbang 25 penapis udara kepada Majlis

Kanser Negara (MAKNA) dan 71 unit kepada rumah perlindung­an di bawah Jabatan Kebajikan Sosial di seluruh Malaysia.

 ??  ?? DOUNG mewakil syarikatny­a menyampaik­an sumbangan kepada PPUM yang diwakili Dr Tunku Kamarul Zaman.
DOUNG mewakil syarikatny­a menyampaik­an sumbangan kepada PPUM yang diwakili Dr Tunku Kamarul Zaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia