Harian Metro

Terjemah pengembara­an dalam lukisan

-

pelajar mengharumk­an nama Sekolah Antarabang­sa Beaconhous­e Sri Inai apabila memenangi pertanding­an mereka poster buku bersiri kanak-kanak popular, Geronimo Stilton.

Ryan Ezra Faisal,

12, memenangi hadiah utama pertanding­an dengan rekaan lukisan yang memaparkan imej naga ungu, awan merah jambu dan bukit gulagula menarik.

Manakala Shannon Moon Li, 13, pula meraih tempat kedua dengan lukisan fantastik pengembara­an Geronimo di kerajaan khayalan.

Menurut Ryan Ezra, Geronimo Stilton adalah salah satu buku bersiri kegemarann­ya.

“Pengembara­an yang dilalui Geronimo, Thea, Trap dan Ben sentiasa menarik perhatian.

“Saya teruja kerana lukisan dipilih memenangi hadiah utama.

“Sungguh menyeronok­kan dapat membaca buku berkenaan dan lebih mengujakan apabila dapat menterjema­hkan pengembara­an itu dalam lukisan,” katanya.

Buku bersiri itu digemari kanak-kanak di seluruh dunia dan lebih 140 juta naskhah terjual.

Ia menarik perhatian dan imaginasi kanakkanak dengan 249 siri pengembara­an berlainan selain turut disertai tikus yang juga seorang wartawan merangkap editor.

Shannon berkata, dia tertarik selepas membaca buku bersiri berkenaan dan sentiasa tertunggut­unggu pengembara­an selanjutny­a.

“Saya teruja apabila mendapat tahu mengenai pertanding­an untuk menghasilk­an muka depan buku itu sendiri.

“Malah, saya gembira kerana lukisan terpilih antara yang terbaik,” katanya.

Menerusi kemenangan itu, pemenang dan rakan sekelas mereka berpeluang menyaksika­n persembaha­n Geronimo Stilton secara langsung atas pentas pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Mereka juga akan menerima 30 naskhah buku berkenaan setiap seorang untuk dikongsi bersama rakan sekelas.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan berkenaan, Prinsipal Eksekutif Beaconhous­e Sri Inai, Nicki Coombs berkata, pihak sekolah berbangga dengan kemenangan Ryan dan Shannon.

“Sekolah ini sentiasa menyokong minat kanakkanak kerana kami percaya dalam konsep pembelajar­an sepanjang hayat dan holistik.

“Ini kerana kemahiran boleh diasah baik di dalam mahu pun luar kelas dan ia tidak terhad kepada kemahiran akademik konvension­al semata-mata,” katanya.

 ??  ?? LUKISAN yang dihasilkan Shannon.
LUKISAN yang dihasilkan Shannon.
 ??  ?? LUKISAN menarik daripada Ezra yang memenangi Pertanding­an Poster Geronimo Stilton.
LUKISAN menarik daripada Ezra yang memenangi Pertanding­an Poster Geronimo Stilton.
 ??  ?? EZRA
EZRA
 ??  ?? SHANNON
SHANNON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia